31 Mac 2008

Bila Bersama Terasa Indah

Assalamualaikum semua yang sudi mengunjungi blog ku ni

Alhamdulillah aku diberi Allah kesihatan yang baik semula. Kali ni aku ingin paparkan sedikit kenangan sewaktu sekolahku mengadakan Hari Kecemerlangan Pelajar 2008 yang berlangsung pada 29 Mac 2008.

Aku hepi sangat bila tiba 'event' ni. Nak tau mengapa? Sebabnya aku dapat berjumpa semula bekas pelajar-pelajarku yang telah meninggalkan SMKSS ni. Ada yang mengambil kesempatan untuk berposing bersamaku. Tapi apa-apa pun memang hepi ...


Kat Bawah ni member-member seangkatan denganku di SMKSS....sedang menunggu YB datang merasmikan Hari Anugerah Cemerlang nihh... Lewat sejam YB sampai...eeeeee...naik lotih kome


Barisan kawad kaki siap menanti ketibaan YB

Persembahan kumpulan nasyid SMKSS. Boleh tahan gak lerrrr....

Aku sempat bergambar dengan anak muridku yang terlibat dengan kumpulan koir.., Afiq dan Nazmi dalam surau SMKSS

Bergambar bersama bekas pelajar tingkatan 5 tahun 2007, memang cun abissss.....kalah cikgu kalau mereka ni bergaya...yang memakai tudung ungu, merupakan 'best student SPM 2007' dengan memperolehi 5A.


Bicara Siti Suraida - Kenangan manis takan luput dalam ingatan ku

19 Mac 2008

Segar Kembali

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog aku ni.

Aduhai... Alahai ... dah terlalu lama rasanya aku tak blogging nih... rindu tak usah cakaplah. rupa-rupanya nak blogging ni pun payah gak... Kena betul-betul kaw baru leh success nak jadi blogger...hehehe

Kali ni aku muatkan kisah sekolahku , event kat sekolahku dan member2ku....[ mak oiiiiiiii....masa aku dok taip ni, aku terhidu bau bedak johnson&johnson, akupun terus meluru ke ruang tamu, dan memang aku dah jangka, anak-anakku dok 'bertepung gomak' bedak johnson&johnson tuuuuu.....abih satu ruang tamu dituangnya bedak tuuuu...] haaaaa...tulah antara satu dalam sepuluh sebab aku agak jarang berblog seminggu dua ni...

Pantang mak takde depan mata, terus je putera kembarku tu buat 'projek'. Ada sesekali tu aku dok ngadap komputer, tup-tup je dengar air pancur kat toilet berkocak, rupa-rupanya dah jadi 'bath tub ' diaorang. Satu botol sabun johnson&johnsonyang yang aku baru beli semalam dah jadi ringan je.... abis kolah dalam bilik mandi tu jadi bukit buih sabun...sabar je laaaaa

Anyway, sambung citer tadi...

Kat bawah ni ialah gambar rakan setugasku yang akrab denganku, pangkat kakak2 ler...dok asyik buat keja hingga tak sedar kena candid....hehehehe. Yang memakai tudung cokelat tu lah yang aku dok sebut-sebut Kak Shu dalam chatbox aku.. kiranya mereka ni kakak-kakak yang kamcing gan aku lah...sorang lagi yang tudung putih tu namanya Kak Pah.. Wah dia tu kira 'iron lady' lah...memang respek abis kat diaorang berdua ni...


Gambar bawah ni lak ialah 'event' Hari Sukan Olahraga yang ke-4 SMK Sungai Soi yang dibuat di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Waktu penyampaian hadiah kepada pemenang.

Wah! Gambar kat bawah ni semuanya kira member-member aku yang satu rumah sukan denganku. Rumah Sukan aku ialah Rumah Syahbandar, yang mewakili warna merah.... Besst wooo...

Di bawah ni lak ialah masa perbarisan rumah sukan. Barisan yang memakai terendak merah ni ialah wakil rumah Syahbandar, rumah sukan aku...memang cun abissss dan menang Johan Perbarisan Rumah Sukan

Yang segak bergaya beri tabik hormat ini ialah barisan Kadet Bomba SMK Sungai Soi.. Mereka ni setiap hari berlatih kawat kat sekolah, respek sungguh kat mereka...berdisiplin dan mantap.

HAaaaa...yang tengah berposing sakan kat jaring gol bolasepak kat bawah ni ialah pelajar-pelajar tingkatan 5 yang aku mengajar. Siap suruh aku tangkap gambar mereka lagi....kira perasan lawa lah tuuuuu...hehhe

Yang kat bawah ni ialah perjumpaan 'Buddy Support System' sekolah aku. Memang enjoy bila belajar bahasa Inggeris ni...tambah pulak sesama member setaraf gan aku...Bahasa Inggeris kami ni kena gilap lagi..tu yang kena 'attend' BSS nih...


Haaa... bangunan yang tersergam indah ni ialah bangunan sekolah SMK Sungai Soi... Cantik tak???

Itu je lah buat setakat ini.. di lain masa kita berjumpa lagi.

Bicara Siti Suraida - I love my work and my friends in SMK Sungai Soi.

13 Mac 2008

Tunggu Je lah

Assalamualaikum
Hari ini aku tak sihat sangat. Demam selsema dan sakit mata. Jumpa lagi di lain masa ye. Sebenarnya ada banyak cerita aku nak coretkan di sini, tapi...nantilah..tak ada mood lagi..

Apa-apa pun, tunggguuuuuu....