Assalamualaikum dan salam manis bicara Disember...
Kembali bertemu di sini, kali ini saya ingin berkongsi ilmu yang saya petik dari sumber internet. Ianyaberkaitan dengan bagaimana untuk menangani masalah stress.
Meluahkan apa yang anda rasa boleh mengurangkan tension.Meluahkan perasaan boleh membantu anda sentiasa memahami perasaan anda. Ia juga boleh meredakan tension/tekanan yang anda alami.
Kadangkala apabila seseorang itu tidak memahami apa yang mereka rasa, perasaan tersebut akan meledak dalam situasi atau cara yang memalukan atau tidak sewajarnya.
Setiap orang memerlukan masa untuk dirinya sendiri bagi merenung, membayangkan perasaannya sendiri. Keupayaan untuk meluahkan apa yang anda rasa boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih baik terhadap apa yang betul dan sesuai untuk anda.
CARA MELUAHKAN PERASAAN
Kenalpasti cara yang terbaik untuk anda meluahkan perasaan merupakan suatu kelebihan. Anda akan berasa seronok meluahkan perasaan dengan cara yang tertentu, seperti melukis, bersukan, menyanyi, memukul dram, ataupun melakukan sesuatu seperti menendang bola atau menjerit pada pokok. Jika anda tidak tahu apa yang sesuai untuk anda, cuba cadangan di bawah ini.
TULIS TENTANG APA YANG ANDA RASA
Menulis mungkin cara yang berguna untuk anda mengenalpasti perasaan sendiri. Ada orang menyimpan diari, ada yang hanya menulis apa saja yang terbayang di kepala. Anda mungkin boleh menulis cerita tentang apa saja yang berlaku dalam hidup anda sekarang cuba bayangkan ataupun buat satu kisah berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup anda. Menulis puisi berkesan kepada sesetengah orang, jadi mungkin anda boleh mencubanya.
BERSUKAN
Bersukan membantu anda meluahkan perasaan secara fizikal. Anda berpeluang untuk menjerit atau berasa girang apabila mencapai kejayaan. Sukan berpasukan membolehkan anda meluahkan perasaan dan bergabung tenaga dengan ahli sepasukan yang lain secara verbal dan tidak verbal.
MELUKIS ATAU MEWARNA
Walaupun anda tidak membayangkan diri anda sebagai seorang yang artistik, melukis dan mewarna berguna untuk meluahkan perasaan anda. Tiada orang lain perlu melihat apa yang anda buat. Anda boleh mencuba dengan melukis garisan, lakaran, warna dan sebagainya (cuba untuk mewarnakannya).
MENYANYI, BERMAIN MUZIK ATAU MENJERIT
Ikut menyanyi lagu yang anda gemari atau bermain alat muzik adalah antara cara lain untuk meluahkan perasaan anda. Menyanyilah di dalam bilik air atau di taman. Jika anda selalu bermain alat muzik atau menyanyi, anda akan mendapati yang anda sebenarnya telah berjaya menulis lagu anda sendiri atau muzik untuk meluahkan perasaan.
MENARI
Menari adalah satu bentuk ekspresi diri. Mainkan muzik di rumah atau pergi ke luar dan menarilah.Tapi ingat, pastikan apa yang anda lakukan di atas ini tidak mengganggu orang lain. Menjeritlah di tempat yang tidak ada orang, pasanglah muzik yang tidak terlalu kuat.
Bicara Siti Suraida:
Saya kira kaedah yang digunapakai di atas adalah lebih sesuai untuk remaja. Bagi yang dewasa, adalah lebih manis kiranya membaca Al-Quran dan berzikir. Cara sebegini lebih mengundang kepada ketenangan jiwa yang abadi...
Sekian.
4 ulasan:
salam eeda...
kat blog eeda ni byk info dan tips menarik! seronok saya baca malam malam ni... senang senang kita akan saling menziarah! ceria utk tahun 2008!
Laaa.... kata ada gamabq masa balik kampung hari tu.... gambaq mengail ikan puyu....
salam kembali buat lilyhaslina
saya teruja sekejap bila saya lihat ada komen dari lilyhaslina. saya ni peminat lili. rasa hepi ler bila lili singgah ke blog saya yang agak kerdil ni. saya teringin sekali nak upgrade blog saya ni tapi.... tak tau nak wat camner. mmm...tade member yang leh tanya dekat dekat sini.
semoga lili sukses ye.
abang
bila sampai kuantan, pastu bukak sekolah dah..mak oiii tak sempat nak wat apa. nanti bila free cek masuklah gambaq kita.. lagipun laptop rosak la ni...
ok bang...ada masa masuk blog cek lagi haaa...
bye abang
Catat Ulasan