18 November 2008
Selamat Bercuti
Assalamualaikum dan salam manis buat pengunjung blog aku ni...
Selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar.Tak lupa kepada semua murid aku yang sedang menduduki SPM tahun ini, 2008 , aku ucapkan "Selamat menjawab SPM dengan tenang dan sabar, mudah-mudahan kalian akan beroleh kejayaan di masa depan nanti". Pekabar semua? Alahai, sudah terlalu lama aku tak ber'dating' dengan blog aku ni. Sebebnarnya aku terikat dengan begitu banyak kekangan. Aku ni baru je balik berkursus selama 8 hari di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan. Mak oiii, sejuk betul hotel taraf 5 bintang tu ek.... Kalau tak kerana kursus PTK DG44 tu, harus rasanya aku tak terlepas ke Kelantan. Aku pergi ke sana dengan menaiki bas ekspress, Transnasional. Punya la lama dok dalam bas.... nasib baik aku ada member nak borak sebelah aku. Aku dengan 2 member satu sekolah bertolak dari Kuantan jam 9.30 pagi, sampai hotel tu lebih kurang dalam kul 5 petang. Sampai aje, kami terus mendaftar dan hantar tugasan individu kami di meja urusetia di lobi hotel.
Malam tu gak, kami ada taklimat di bilik kuliah [Merbok]. Malam tu aku tak pakai blazer, adussssss sejuk sampai ke tulang weh...hehhee. Dalam kul 11 malam, baru lah selesai semua taklimat awal. Aku dok di bilik 1111, bersama member aku, nama manisnya ialah Zalmina Zainuddin. Bilik hotel 5 bintang la katakan, mak oiii, punya la canggih. Tapi yang aku tak tahan ialah kesejukan melampau berada dalam bilik tu. Kalau nak mandi, puas 'bercinta'...hehehhee Bantal 4 butir, sedapnyeeeeeeeee pelukkkk, hehehehe. Malam tu aku tidur dengan nyenyaknya, mungkin penat sangat berada dalam bas. Dok dalam bas pun, penat, pelik kan..kan, hehhe.
Kami di berikan tugasan berkumpulan dan 'public speaking'. Siang malam, penuh dengan aktiviti ceramah dan perbincangan untuk persediaan pembentangan. Apa yang aku perhatikan , memang kursus ini menguji ketahanan mental. Persediaan dari semua aspek dibuat penilaian. Hampir setiap masa kami memakai blazer. Pertama, untuk menahan kesejukan dan kedua untuk penampilan yang sentiasa dinilai oleh urusetia dan penyelaras program tersebut. Syukur lah aku tak demam. Tapi member aku, Norasnida, demam kuat gak, sian kat dia. Tapi bila dah gi klinik, lega la sikit. Aku kesian tengok member aku sorang ni, demam panas sewaktu berada jauh dari famili tercinta...tapi apa-apa pun, kecekalan hatinya begitu menakjubkan. Akhirnya, dia ok la sikit, boleh terus menjalani kursus hingga akhirnya.
Sepanjang kursus ni, aku telah bekerja dalam kumpulan, jumpa member kat usm dulu, jumpa gak senior di usm dulu. Tak lupa jumpa dengan rakan-rakan sejawat aku di sekolah-sekolah lain. Hepi gak, yang paling tak hepinya aku tak tahan rindu kat hero-hero aku di rumah... Makan pun tak selera, makanan kat hotel ni canggih sangat kot, aku sampai tak lalu nak telan, asyik-asyik aku sarapan dengan roti sapu denga planta dan jem je, tiap pagi aku telan benda tu je. makanan yang lain, aku sentuh cikit-cikit je. Alahai tekak orang kampung macam aku ni, tak boleh nak gi lah dengan masakan hotel ni yang tah apa2....sori la aku cakap gini, jangan mare orang kelate ye....hehehehe...kalau mare nanti cepat tua dong.
Sesekali berkarya kat blog aku ni, best gak aku rasa. Ohya, balik aje ke Kuantan, cik abang lak akan gi trip ke Madrid, Sepanyol bermula dengan penerbangan petang ni di KLIA. Abang akan berada di Madrid, Sepanyol selama lebih kurang 9 hari. Alahai... alangkah bestnye jika dapat bersama insan tercinta, tapi aku tak boleh berpisah dengan anak-anak aku, lagipun masih ada banyak urusan aku di sini...kerja sekolah tak penahnya surut weh....aku kena wat jadual waktu lak, alahai nampaknya tetap dan berpencen kot. Dah tade sape yang nak amik tugas aku nih. Dah la aku Guru Kanan Sains Matematik, kerja bercabang-cabang weh. sabar je la kan kan. Tu lah antara sebab aku berkarya dalam blog aku ni. Rasa lega skit fikiran yang berat-berat tentang kerja2 sekolah tu...
Alahai, sakit jari jemari aku ni dok tekan keyboard, hehehehe.. saje mungkin jari aku ni manje sikit kot. Oklah. kalau ada cite baru , aku masuk sini lagi... apa2 pun, mekasih la kepada pengunjung blog aku ni...adios, wasssalam.
14 September 2008
Rahsia Melalui Tulisan Dr Hj. Fadzilah Kamsah
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…
06 September 2008
Rahsia Tarikh Lahir
2hb.Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkanpada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugattermasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yangmampu mengubahnya.
3hb.Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam. menjalani kehidupan. Kamumemerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dansukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untukdidekati.
4hb.Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikutperasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu seringtersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalusaja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.
5hb.Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia bolehmemburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindungkepada orang-orang yang kamu sayangi.
6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.
7hb.Kamu seorang yang ‘happy go lucky’ dan gemar berseronak. Namun sikapkamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulankamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!
8hb.Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadipasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannyanafsu semata-mata saja!
9hb.Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti danketerampilan diri di mata orang ramai. “Maintain vouge” manjang! Dalamsoal cinta, sudah tentu kamu ingin yang ’setaraf’ juga.
10hb.Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkankeluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalamkeriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkanbuah hati terasa diri terpinggir!
11hb.Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengaturkehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia jugabersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup initerasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????
12hb.Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikankomitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yangmasih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!
13hb.Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebabitulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu seringtunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamuamat pandai menjaga perhubungan.
14hb.Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebabitulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa.Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!!
15hb.Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamusecara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terusbertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yangsuka membuat tindakan ‘last minutes’.
16hb.Kamu ini seorang yang moody rupanya…. Sekejap mood kamu okey dansekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boringdengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.
17hb.Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri.Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahuperasaan sebenar kamu.18hb.Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dancinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekananpada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkankata sayang.
19hb.Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukantermasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih sukamulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.
20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Adasahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengansi dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulukemampuan si dia!!!
21hb.Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain‘ambil mudah’ terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamuberterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelumterlambat.
22hb.Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggidan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilihseseorang yang kamu akan rasa’ selamat’ bila berada di sampingnya.
23hb.Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingikamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di sampingteman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu seriusdalam hidup.
24hb.Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta,kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat menggongkongsi dia.
25hb.Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yangbagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejeniskamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????
26hb.Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalamperhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokansaja!!!!
27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!
28hb.Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan teman-teman.Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamumeminggirkan sidia tanpa disedari.
29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.
30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!
31hb.Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apayang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!
Fadhilat Solat Terawih
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
05 September 2008
Secangkir Kenangan Indah Bersamamu
Juadah sederhana yang kumasak sewaktu bersantai bersama seorang teman di tepian Pantai Sepat, Kuantan.
Bila tiba di lokasi yang selesa, aku pun memarkirkan Kenariku dan mengeluarkan makanan yang aku telah siap masak di rumah. Antara lauk pauk yang kumasak ialah seperti sambal tumis ikan kembung, ikan goreng, masak lemak sayur kacang panjang bersama udang [kegemaran temanku ini] dan sambal belacan.
Kami berbual-bual sambil menikmati juadah makanan yang serba ringkas itu. Hehehehe, dia bertambah 2kali, nampak berselera sungguh. Aku pun turut rasa begitu senang hati kerana apa yang dimasak beliau makan tanpa banyak bicara.
Setelah selesai makan, kamipun mengemas tempat yang kami duduk itu supaya tiada sebarang kekotoran yang tinggal di situ. Tiba-tiba sebaik sahaja telah selesai berkemas semuanya, aku pun mula menghidupkan enjin kereta. Aku tidak terus pulang menuju ke rumah. Aku telah memandu menuju ke arah Cerok Paloh hingga ke Tebing Tinggi, dalam hujanyang agak lebat ketika itu.
Aku sengaja memandu ke arah situ, kerana masih awal untuk pulang ketika itu. Sambil memandu perlahan-lahan, aku meneruskan perbualan kami yang banyak menjurus kepada keluarga masing-masing. Kami telah mula mengenali hati budi masing-masing kini. Setelah tiba Tebing Tinggi, akupun berpatah balik dan pulang ke rumah.
Itulah antara kenangan yang mungkin agak santai, tapi meninggalkan kenangan yang begitu indah dalam lipatan sejarah hidupku. Dia seumpama kakakku....kerana sesungguhnya aku tidak mempunyai seorang kakak dalam keluargaku. Semoga perjalanan hidup ini lebih ceria dan indah dengan kehadirannya di sisiku.
Itu
23 Ogos 2008
Cuti cuti Malaysia
21 Ogos 2008
Semakin Hampir Debarannya
13 Ogos 2008
Alahai Lamanyeeeeee Tak Jengok Sini
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aduh... dah terlalu lama aku tak menjengok blog aku ni. Rasa bersalah gak. Disebabkan mungkin tiada modal ni taip, dan juga banyak tugas menderaku, hehehehe. tapi petang ni, aku ke sini nak hembus habuk ke, sawang ke yang melekat kat blog aku nih... al-maklumlah, dah lama benar aku tak 'top up' isi baru dalam blog aku nih.
Rindu bukan kepalang..., sekali mood datang, ada la benda nak taip. tapi kalu time tade idea, kering kontang tu, nak buka blog ni pun, teragak-agak. Rupa-rupanya , blog aku ni dibaca gak oleh insan-insan yang rapat denganku, seperti teman rapatku, anak muridku, anak sedaraku, member lamaku di Penang dan lain-lain lagi.
Aku sebenarnya baru habis dari hambatan melunasi tugasanku sebagai guru penyelaras jadual waktu. Dah berminggu-minggu aku dok perah otakku dalam menjayakan jadual waktu yang perlu dibaiki ekoran beberapa kesilapan pembahagian waktu rehat menengah rendah dan atas.
Terasa lega, apabila semuanya dah beres. Kini, jika tiada apa halangan, aku aku terus berkarya. Aku mengharapkan sokongan dari semua. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blogku ni. Moga kalian dirahmati ALLAH jua hendakNya. Amin
18 Julai 2008
Prinsip Hidup Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Allah. Allah beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ..kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Siapakah Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary?
- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.
Latar belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.
Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.
Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.
Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.
Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.
Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.
Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.
Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Menubuhkan syarikat
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.
Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.
Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Perniagaan terus berkembang
Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.
Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.
Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Strategi tersendiri
Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.
Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.
Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.
Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan perkapalan
Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.
Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).
Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary
Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.
Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary
Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.
Sumbangan dalam bidang pendidikan
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.
Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.
11 Julai 2008
Petua Dapur Bagi Wanita dan Gadis
Petang ni aku nak kongsi sikit petua yang aku ceduk dari sumber alam maya ni.. selamat membaca ye...ok..
Orang-orang tua Melayu pada zaman dahulu memang kaya dengan petua yang berguna tak kiralah samada petua kecantikan, petua nak cepat dapat jodoh, petua memasak, petua supaya awet muda, petua rumahtangga bahagia, petua memikat gadis dan macam-macam lagi petua yang berguna dan menarik. Adakah petua-petua yang diamalkan oleh nenek moyang kita boleh dipakai? Bagi saya tentulah petua-petua tersebut berkesan, kalau tak berkesan tentulah ianya tidak diperturunkan kepada genarasi yang seterusnya.
Ianya merupakan satu warisan Melayu yang tidak ternilai yang ditemui oleh nenek moyang kita bagi mempermudahkan sesuatu kerja dan menyelesaikan masalah yang dihadapi pada zaman tersebut. Di bawah merupakan antara petua yang ringkas, mudah dan berkesan yang boleh dicuba oleh sesiapa sahaja terutamanya bagi golongan Wanita dan Surirumah. Selamat mencuba..
Petua menghilangkan bau nasi hangit.
Nasi hangit biasanya kurang enak dimakan. Untuk menghilangkan bau hangit, periuk yang berisi nasi hangit hendaklah ditutup dengan daun pisang. Alas dengan surat khabar kemudian barulah ditutup dengan penutupnya sebelum direndam periuk nasi ke dalam besen berisi air.
Petua menghilangkan bau hanyir ikan, sotong dan udang juga petua menambahkan kesuburan pokok bunga.
Semasa mencuci beras, airnya jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk membersihkan ikan, udang dan sotong untuk menghilangkan bau hanyirnya dan disiramkan pada pokok bunga untuk menambah kesuburannya. Selain daripada itu, air beras juga boleh dibuat mandi sebagai penawar untuk menyejukkan badan dan kepala kanak-kanak.
Petua untuk mudah kupas kulit bawang.
Semasa memotong bawang, kadangkala kulitnya melekat pada isinya. Satu cara untuk mengupas kulitnya adalah dengan merendam bawang merah di dalam air selama lima minit kemudian baru dikupas.
Petua untuk mengelakkan balang atau bekas gula dimasuki semut.
Untuk mengelakkan balang atau bekas gula daripada dimasuki semut, sapukan minyak masak disekeliling balang.
Petua mengelakkan hati lembu yang dimasak menjadi keras.
Semasa memasak hati lembu, kebanyakan suri rumah membiarkan masakan itu terlalu lama di atas dapur hingga menyebabkan hati menjadi keras. Satu rahsia agar hati kekal lembut ialah jangan memasaknya terlalu lama di atas api. Masukkan kesemua rempah dan rencah yang diperlukan, biarkan hingga garing kemudian barulah dimasukkan hati. Kacau selama dua atau tiga minit dan terus padamkan api. Hati bukan sahaja lembut tetapi rasanya lebih enak.
Petua untuk menanggalkan getah buah-buahan yang terkena pada pakaian.
Pakaian yang terkena getah buah-buahan jangan terus dibuang. Petua untuk menanggalkan getah itu ialah dengan menabur garam halus sebelum dituang air yang baru mendidih ke atasnya. Lakukan beberapa kali dan kesan getah akan hilang.
Petua mencuci pakaian yang terkena minyak.
Mencuci pakaian yang terkena minyak ada caranya. Tuang minyak tanah ke bahagian yang terkena minyak dan sental untuk seketika sebelum digosok dengan limau nipis. Akhir sekali baru dicuci seperti biasa dengan sabun.
Petua menuang air yang mendidih pada gelas kaca.
Air yang baru mendidih jangan terus dituang ke dalam gelas kerana ini akan menyebabkan gelas pecah. Cara yang betul ialah meletak sudu aluminium ke dalam gelas kemudian baru dituang air.
Petua untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras.
Untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras, masukkan sedikit serbuk penaik ke dalam adunan tepung. Satu lagi petua ialah dengan memasukkan sedikit air perahan limau nipis.
Petua untuk memudahkan menggoreng ikan supaya tak melekat.
Kuali baru atau yang tidak dicuci bersih menjadi punca ikan melekat semasa digoreng. Jadi sebelum menggoreng ikan, pastikan kuali dicuci bersih. Jangan ada sedikit pun kerak atau sisa-sisa makanan di dalamnya. Jika ikan masih melekat pada kuali, tabur sedikit kulit bawang besar ke dalam minyak dan biarkan sebentar. Ikan bukan sahaja mudah dialihkan tetapi juga menjadi garing.
07 Julai 2008
40 Richest Malaysians
I'd like to share this information with all my blog viewers ...
Malaysian tycoon Tan Sri Robert Kuok continues to maintain his lead position as Malaysia’s richest man in the latest Forbes Asia’s rich list.
According to Forbes Asia, Kuok, 84, who has many businesses, including Hong Kong property and media interests, and most notably palm oil giant Wilmar, increased his net worth from US$2.4 billion last year to hit US$10 billion.
The latest ranking list also saw Berjaya Corp’s Tan Sri Vincent Tan joining the billionaires’ club, Forbes Asia said in a news release here.
There are 10 billionaires in the list this year, one more than last year.
Tan, who rose from 14th to ninth position, has a net worth of US$1.3 billion, up nearly US$1 billion from last year.
Forbes Asia said Tans company, Berjaya Corporation, had bucked the trend with its stock price up nearly three-fold over the past 12 months.
Tan reigns over a vast US$4 billion — combined sales — network of enterprises spanning industries such as gaming, media, telecom, consumer products and retail as well as real estate.
Still in second place is Ananda Krishnan who heads telecom company Maxis.
But his wealth dipped to US$7.2 billion, which is US$200 million less than last year.
The third richest in the list is IOI Corporation’s group executive chairman Tan Sri Lee Shin Cheng who was ranked fourth last year but as the oil palm plantation giant soared in value, his wealth rose from US$1.6 billion to US$5.5 billion, Forbes Asia said.
The highest new entry is Puan Sri Lee Kim Hua, widow of renowned gaming tycoon Tan Sri Lim Goh Tong who was ranked third last year but died in October.
She and her family are worth US$3.4 billion and ranked fifth, even as son Tan Sri Lim Kok Thay, who runs Genting, is listed on his own with US$345 million, putting him in 15th place.
Lee is one of three women on the list alongside Selangor Properties’ chairman Puan Sri Chong Chook Yew, ranked 24th (US$245 million), and daughter of the Sultan of Perak, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, ranked 35th (US$150 million).
Among the newcomers is Datuk Nazir Razak, group chief executive of CIMB Group and the youngest son of second Prime Minister, the late Tun Abdul Razak Hussein. Nazir managed to scrape into the 40th position as the last richest Malaysian in Forbes Asia’s top 40 with a net worth of US$100 million.
The collective wealth of the top 40 is US$46 billion, up US$3 billion from last year.
While 16 people managed to add to their wealth, 18 saw their net worth slipped, with seven of them losing at least a quarter of their worth.
Tan Syed Mokhtar Al-Bukhary, the richest Malay tycoon and a billionaire, dropped one position from seventh to eighth after his net worth was reduced by US$200 million to US$1.8 billion.
The Malaysia Rich List appears in the June 2 issue of Forbes Asia.
The top 40 richest in Malaysia for 2008 are:
- Robert Kuok USD 10 billion, 84, married, 8 children.
Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group, Wilmar International - Ananda Krishnan USD 7.2 billion, 70, married, 3 children.
Maxis Comminications, Aircel Ltd, Astro All Asia Networks - Lee Shin Cheng USD 5.5 billion, 69, married, 6 children.
IOI Group - Teh Hong Piow USD 3.5 billion, 78, married, 4 children.
Public Bank - Lee Kim Hua & family USD 3.4 billion, 79, widow, 6 children.
Genting Group - Quek Leng Chan USD 2.4 billion, 67, married, 3 children.
Hong Leong Group, Guoco Group, Rank Group - Yeoh Tiong Lay and family USD 2.1 billion, 78, widow, 7 children.
YTL Corporation - Syed Mokhtar AlBukhary USD 1.8 billion, 56, married, 5 children.
Malaysia Mining Corporation (MMC), Malaysia Johor Port, Malakoff, Gas Malaysia - Vincent Tan USD 1.3 billion, 56, married, 11 children.
Berjaya Group - Tiong Hiew King USD 1.1 billion, 78, married, 4 children.
Rimbunan Hijau Group, Tri-M Technologies - Azman Hashim USD 700 million, 68, married, 5 children.
AMCorp Group, Ambank - William H. J. Cheng USD 660 million, 65, married, 3 children.
Lion Group - Lee Swee Eng USD 495 million, 52, married.
KNM Group - Ong Beng Seng USD 470 million, 63, married, 2 children.
Hotel Properties Ltd, Natsteel - Lim Kok Thay USD 345 million, 56, married, 3 children.
Genting Group, Star Cruises. Alliance Global - Vinod Sekhar USD 320 million, 40, married, 2 children.
Petra Group, Green Rubber Global - Lee Oi Hian USD 300 million, 57, married, 4 children.
Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn - Yaw Teck Seng USD 295 million, 70, married.
Samling Group - Anthony Fernandes USD 290 million, 44, married.
AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X - Mokhzani Mahathir USD 285 million, 47, married, 5 children.
Kencana - Kamarudin Meranun USD 280 million, 47, married, 5 children.
AirAsia, Tune Hotel, AirAsia X - Jeffrey Cheah USD 275 million, 63, married, 3 children.
Sunway Group - Lee Hau Hian USD 250 million, 55, married, 1 children.
Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong - Chong Chook Yew USD 245 million, 86, widow, 4 children.
Selangor Properties - Yaw Chee Ming USD 240 million, 49, married.
Samling Group - G. Gnanalingam USD 230 million, 63, married, 3 children.
Westports - Lim Wee Chai USD 200 million, 50, married, 2 children.
Top Glove - Kua Sian Kooi USD 195 million, 55, married, 4 children.
Kurnia Asia - Lau Cho Kun USD 185 million, 72, married.
Gek Poh Holding, Malaysian Mosaics, Hap Seng - Abdul Hamed Sepawi USD 180 million, 58, married, 2 children.
Ta Ann - David Law Tien Seng USD 165 million.
Midwest, Sinosteel, T.S.Law Holding - Tiah Thee Kian USD 163 million, 61, married, 5 children.
TA Enterprise - Liew Kee Sin USD 160 million, 50, married, 4 children.
SP Setia - Ahmayuddin Ahmad USD 155 million, 51, married, 4 children.
Westports, Pelikan - Eleena Azlan Shah USD 150 million, 48, married.
Gamuda - Lin Yun Ling USD 145 million, 53, married, 2 children.
Gamuda - Ong Leong Huat USD 130 million, 64, married, 4 children.
OSK Group - Lim Thian Kiat USD 115 million, 50, divorced.
Former head of conglomerate Multi-Purpose - Khoo Kay Peng USD 110 million, 69.
MUI, Laura Ashley - Nazir Razak USD 100 million, 41, married.
CIMB, Bumiputra Commerce Holdings
Bicara Siti Suraida .. dalam 40 orang terkaya di Malaysia, yang menarik hati aku cuma sorang je, Syed Mokhtar AlBukhary...Respek kat dieeeee, you know why??? One day I will tell you why ok, bye...
03 Julai 2008
Surat Cinta Tijah
Mari kita relax otak dengan baca kisah di bawah ni....
SURAT CINTA TIJAH
Tija budak kampung tapi bekerja di Kuala Lumpur.
Biasalah bila sudah duduk “town”, mula lupa asal usul. Pakai seksi maut, bercinta pula dengan lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yang bermata biru.
Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dengan wanita lain yang lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dengan lelaki mat saleh tadi yang baru dikenalinya sebulan.
Begini bunyi surat yang ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yang berjaya “dicuri”…
Mike…
I WANT TO CUT CONNECTION US.
I have think about this cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.
You always ask for apology back-back. i don’t trust you again! You are really crocodile land.
My friend speak you play wood three. First-first i think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.
So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me.
So, i cut this connection to go far from here. i don’t want you play-play with my liver.
I have been crying until no more eye water thinking about you. I don’t want banana to fruit two times.
Safe walk…
Tijah.
Morale of the story : Learn english before you fall in love with ‘mat salleh’
26 Jun 2008
Air Kosong Penawar
Assalamualaikum pembuka bicara
Pekabar semua? Aku harap semuanya baik-baik belaka. Yang tak hepi, wat-wat hepi la ye...hehehhe
Terdetik hatiku ini untuk berkongsi satu info yang kubaca dari sebuah majalah di suatu petang yang aman.... Ruangannya bertajuk "Sihat Anggun". Antara kupasan yang boleh diketengahkan ialah tentang bagaimana sumber air kosong yang kita minum tanpa kita sedari boleh menyelamatkan kita atau menghindarkan kita dari penyakit yang kronik. Tak kusangka rupa-rupanya amalan yang diamalkan selama ini, ada kebaikan di sebaliknya...
Jom kita tengok apa yang aku katakan tadi...
Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manafaat. Japanese Medical Society misalnya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Berikut adalah senarai penyakit yang dimakasudkan tadi ialah:
1. sakit kepala
2. sakit-sakit badan
3. sistem jantung
4. arthritis
5. degupan jantung yang pantas
6. epilepsi
7. lemak berlebihan
8. bronchitis
9. tibi
10. meningitis
11. buah pinggang
12. jangkitan pada air kencing
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
Peraturannya:
1. minum 4 gelas air [160ml] sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi
2. berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3. selepas 45 minit, anda boleh minum dan makan seperti biasa
4. selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh 2 jam
Sama-samalah kita mengamalkan seperti di atas, mudah-mudahan kita mendapat manafaat darinya....
21 Jun 2008
Kecantikan Wanita
Pada petang yang nyaman ni, aku ingin berbicara sedikit tentang kecantikan wanita dari perspektif yang agak berbeza...Bagi aku, kecantikan wanita itu adalah subjektif. Ada yang mengatakan yang kecantikan wanita itu, bilamana melihat bibir merah mekar menyala, foundation tebal satu inci...kasut tinggi berjenama, disemarakkan lagi dengan wangian, tak cukup dengan itu...pakaian mesti yang mahal-mahal, barulah dikatakan cantik yang standard dan moden...
Nah! itulah yang dikatakan kecantikan wanita oleh segolongan manusia yang kononnya boleh menyebabkan ramai lelaki tergila-gilakan mereka seperti ini...
Bagi aku, kecantikan wanita bukan semata-mata terletak pada rupa paras semata-mata, ianya lebih dari itu,...aku mencari-cari istilah kecantikan seseorang wanita itu dalam erti kata yang lebih mendalam dan bermakna. Semalam, aku telah terbaca satu artikel tentang kecantikan wanita. inilah antara kupasan yang aku cari-cari selama ini...
Renungilah ye..
Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya
dengan jemarinya setiap hari.
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
Bicara Siti Suraida ; kecantikan itu adalah subjektif, terpulang kepada semua untuk menafsirnya dengan cara masing-masing....goodluck!