05 September 2008

Secangkir Kenangan Indah Bersamamu


Pemandangan laut di Pantai Sepat



Juadah sederhana yang kumasak sewaktu bersantai bersama seorang teman di tepian Pantai Sepat, Kuantan.


Assalamualaikum dan salam manis

Aku sengaja bongkar kembali nostalgia ini, dengan harapan menyuburkan lagi persahabatanku dengan seorang rakan seperjuanganku di sini. Kenangan itu begitu klasik dan tak mudah untuk dilupakan. Bertolak dari bertanya khabar dan bantu membantu dalam menjalankan tugas di sekolah, aku dan dia menjadi begitu akrab seperti adik dan kakak.

Pada suatu petang Jumaat yang begitu nyaman, aku telah bertolak ke rumahnya dan menjemputnya menaiki keretaku. Aku telah bercadang untuk mengajaknya berkelah di tepi laut Pantai Sepat yang indah senarionya di waktu petang. Jarak perjalanan ke sana lebih kurang dalam 8 minit aje. Tak jauh dari rumahku.

Bila tiba di lokasi yang selesa, aku pun memarkirkan Kenariku dan mengeluarkan makanan yang aku telah siap masak di rumah. Antara lauk pauk yang kumasak ialah seperti sambal tumis ikan kembung, ikan goreng, masak lemak sayur kacang panjang bersama udang [kegemaran temanku ini] dan sambal belacan.

Kami berbual-bual sambil menikmati juadah makanan yang serba ringkas itu. Hehehehe, dia bertambah 2kali, nampak berselera sungguh. Aku pun turut rasa begitu senang hati kerana apa yang dimasak beliau makan tanpa banyak bicara.

Setelah selesai makan, kamipun mengemas tempat yang kami duduk itu supaya tiada sebarang kekotoran yang tinggal di situ. Tiba-tiba sebaik sahaja telah selesai berkemas semuanya, aku pun mula menghidupkan enjin kereta. Aku tidak terus pulang menuju ke rumah. Aku telah memandu menuju ke arah Cerok Paloh hingga ke Tebing Tinggi, dalam hujanyang agak lebat ketika itu.

Aku sengaja memandu ke arah situ, kerana masih awal untuk pulang ketika itu. Sambil memandu perlahan-lahan, aku meneruskan perbualan kami yang banyak menjurus kepada keluarga masing-masing. Kami telah mula mengenali hati budi masing-masing kini. Setelah tiba Tebing Tinggi, akupun berpatah balik dan pulang ke rumah.

Itulah antara kenangan yang mungkin agak santai, tapi meninggalkan kenangan yang begitu indah dalam lipatan sejarah hidupku. Dia seumpama kakakku....kerana sesungguhnya aku tidak mempunyai seorang kakak dalam keluargaku. Semoga perjalanan hidup ini lebih ceria dan indah dengan kehadirannya di sisiku.

Itu

Tiada ulasan: