Kali ini aku ingin menyambung kisah ikan puyu yang pernah aku post dalam blog ini satu waktu dulu.
Semasa aku balik kampung ayahku sewaktu Hari Raya Haji 2007 iaitu 20 Disember, aku telah merancang untuk merakamkan suasana persekitaran rumah ayahku di kampung termasuklah kolam ikan puyu ayahku yang berada di belakang rumah ayahku yang jaraknya lebih kurang 20 kaki melangkah.
Sebenarnya aku cukup 'tabik' dengan ayahku yang telahpun mencecah 65 tahun masih mampu untuk memanjat bukit di hujung untuk mendapatkan sumber air bukit untuk disambung melalui paip-paip getah untuk dijadikan sumber air rumah ayah. Memang 'free' air kat rumah ayah sebab dapat bekalan sumber semulajadi. Pagi-pagi kalau mandi air di 'pancur' ....emmm memang best sangat, sejuk dan nyaman sekali! Suasana begini tiada kat Kuantan.
Bila sebut pasal ikan puyu pula, aku dan abangku termasuk anak-anakku cuba untuk memancing ikan-ikan puyu dalam kolam yang terdapat dalam gambar di atas tu, tapi... rupa-rupanya payah juga, asyik tak mengena je. Kalau dapat pun, cuma saiznya kecil sangat, terpaksa dilepaskan semula ke dalam kolam tu. Ayahku memberitahu bahawa mungkin bulan Februari saiz ikan-ikan puyu tu agak besar dan boleh dijadikan lauk. mmm, kecur mulutku bila sebut macam tu. Bukan apa, jiran-jiran kampung ayahku begitu gemar 'mengendeng' ikan puyu ayahku ini untuk dibuat gulai darat ikan puyu. Kata mereka 'memang sedap'!
Disebabkan saiz ikan-ikan puyu itu masih kecil, aku tak jadi nak buat projek 'pekasam ikan puyu' yang pernah aku suarakan dalam blog aku ini dulu. Aku harus bersabar sedikit masa lagi untuk melaksanakannya...
Tungguuuuuuu.......
Ayahku dan adik iparku sedang menyalurkan air bukit ke dalam bekas untuk disalurkan ke rumah ayahku di bawah bukit.
Aku dan anakku sedang memberi makan ikan-ikan puyu dalam kolam ayah di belakang rumah.
Air bukit di belakang rumah ayahku. Kelihatan paip getah yang disambung ke rumah ayahku.
Air terjun kecil di belakang rumah ayahku. Best!
Tanaman 'dragon fruit' di sebelah rumah ayah yang diusahakan oleh orang kampung.
Aliran air bukit yang kelihatan paip getah yang dibuat oleh ayahku.
Kelihatan pokok-pokok limau yang ditanam ayahku di belakang rumahnya.
Kolam ikan puyu ayahku. Memang 'mengancam abis'! Seronok sangat bila beri makan ikan-ikan puyu dalam kolam ini.
Kelihatan pokok-pokok limau yang ditanam ayahku di belakang rumahnya.
Kolam ikan puyu ayahku. Memang 'mengancam abis'! Seronok sangat bila beri makan ikan-ikan puyu dalam kolam ini.
1 ulasan:
dgvxv
Catat Ulasan