23 April 2008
14 April 2008
Detik Terindah
Akim, sakan mandi kolam...hehehe,
Legend Resort, Cherating, Kuantan
CBM 4884 dok tepi jalan sementara aku beli kopok leko di gerai keropok, Kemaman, Trengganu
Keadaan gerai keropok lekor dan goreng di Gerai Matahari, Kemaman, Trengganu
Rupa keropok lekor di gerai tepi jalan utama...
Adi dan Akim sedang bermain pasir tepi pantai
10 April 2008
Salam Semanis Gula
Assalamualaikum buat semua di petang Jumaat yang mulia ini.
Jumaat, hari yang dikatakan penghulu sekelian hari. Hari Jumaat ni , aku rasakan begitu pantas berlalu. Hari ini, seperti yang kita maklum, kaum lelaki harus melunaskan kewajipan solat Jumaat di masjid-masjid. Masa itulah kaum wanita boleh dikatakan agak relax sikit.[ ini pendapat akulah]. Tapi, bagi ku Jumaat ni , jadual aku begitu padat. Pagi, kerja hingga jam 12.30tgh, pastu balik ke rumah jap, pastu jam 3 petang lak aku akan ke sekolah, latihan kumpulan koir sekolah yang dikendalikan oleh jurulatih luar yang bertauliah. Pastu malam nanti lak, aku akan mengajar kelas bimbingan matematik di opis aku di Kuantan jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.
Oklah aku kena stop kat sini dulu, nak ambil nafas baru, nak siap nak gi sekolah lak. Tata titi tutu...hehhehe

06 April 2008
Aku Pun Heran
Assalamualaikum
Malam ni tergerak hati ni untuk tambah isi perut blog aku ni. BIar 'dia' taklah dingin je. Mungkin blogger-blogger lain begitu aktif menulis dalam blog mereka, tapi aku ni entahlah...boleh kata setiap hari pasti aku menjenguk 'rumah' aku ni, bila time nak taip tu, idea sokmo kering daaa...
Sebenarnya aku buka pc ni setiap malam dengan tujuan nak wat kerja sekolah yang tak kunjung sudah, tapi sering kali bila je aku duduk atas kerusi mengadap pc ni, aku sokmo tekan streamyx dan surf internet, cari info-info yang gempak2 dan 'bookmark' dulu, simpan dululah konon... entah bila aku nak cite info yang dapat pun aku tak tau bila...
Asyik sungguh bila kita layari internet ni, tak sedar masa berlalu begitu pantas. Ini pun, aku nak wat kerja sekolah ni, tup-tup tangan ni gatal lak, tertekan streamyx dan terus sign in blog aku nih. Apa lagi... akupun taip je lah apa yang terlintas.
Hari minggu, selalunya aku dan famili akan ke Taman Gelora, Kuantan. Jogging dan rekreasi lah konon. Hari ni aku ke sana lepas asar. Kebetulan masa tu ada pasar malam. Apa lagi, aku pun lepas je penat jog, apa lagi rezeki depan mata, pelbagai juadah... aku beli taufu fah [RM1.50, dulu RM1 je}, steamboat [RM6.00, 3 cucuk RM1], jagung dua batang [ Sebatang RM1.80, naik lagi harga], rojak RM2, mempelan RM8 dan kuih RM3. Dalam poket cik abang kasik RM30, tup-tup bila dah abis joli, tinggal beberapa ringgit je dalam poket. terpikir gak, kalau lah orang miskin dengan duit RM1 pada zaman la ni, nak beli rojak buah pun tak lepas weh.. ishh.. aku kena insaf gak supaya taklah terlalu boros.
Kesimpulannya, segala-galanya adalah duit, tapi duit bukan segala-galanya. Tak gitu geng?..hehehhehe
02 April 2008
Selamat Petang
Assalamualaikum.
Aku baru je beli pencuci muka dan pembersih muka semalam. Hari ni , sekelip mata anak-anakku buat 'projek' kat bilik air, terus kontang isi perut semua benda tu. Adussssssss....

01 April 2008
Sama Indah
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung blog ku.
Di kesempatan ini, aku sekali lagi ingin ber'soseh-soseh' tentang teman-temanku di sekolahku dan juga anak-anak muridku yang memang begitu dekat di hatiku.
Wah! Yang sedang berposing ala-ala 'three stoogers' di bawah ni ialah pangkat kakak-kakakku lah kat sekolah tu. Kak Shunita, Kak Pah dan Kak Jai. Ketiga-tiganya memiliki karaktor yang tersendiri yang boleh dikatakan sebagai 'tulang belakang' SMK Sungai Soi.... Memang mereka besssssst giler...baik sangat...!

Ni pulak ialah pangkat adikku lah, namanya Nor Azela Omar, tengah dok melayan anaknya di tengah padang sewaktu Sukantara SMKSS. Cute abis anaknya tu, comel macam maknyeee...

Berposing kat bawah ni lak ialah salah seorang anak muridku yang memang rapat denganku. Bukan sahaja di sekolah, malah di luar sekolah pun memang dia ngam lah denganku. Ke mana saja aku pergi selalunya aku akan ajak dia keluar, namanya ialah Najwa Arifah. Orangnya memang bijak dan pandai mengambil hatiku sebagai seorang guru dan kawan...Bila dia tersenyum, ada lesung pipit di pipinya yang membuatkan seseorang tu terpikat padanya..hehehehe

Bicara Siti Suraida - Apa-apapun mereka semua di atas begitu istimewa di sudut hatiku.

Langgan:
Catatan (Atom)