23 April 2008

Special Night

Assalamualaikum dan salam manis buat semua.

Cerita ini dah lama ku simpan, cuma tunggu masa aje untuk di'lepas'kan . Aaah. sekarang lah masanya...


Malam ni adalah malam yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Seramai lebih kurang 20 orang bekas pelajar datang berkunjung ke rumah ku secara mengejut. Bukan sahaja mereka datang dengan tangan kosong, malah siap menyediakan hidangan secara bufet dengan tersedia segala kelengkapan seperti pinggan, mangkuk, gelas, bekas masakan, ais kerim, kek, dan macam-macam lagi. Dahsyat gak lerrr aku tengok semua ni, tapi di sudut hati ku aku berbangga dengan mereka ini kerana berjaya melakukan semua ini dengan jayanya. Aku dan suami ku tak perlu buat apa, hanya lihat dan tunggu aje, alahai macam pengantin lak....hehhheeheh

Antara bekas pelajar ku yang aku masih ingat nama mereka ialah Ainur Asyikin, Abdul Muzzafar, Faizan, Ahmad Kusyairi, Faisalruddin, Azlina, Ahmad Nuzuan, Zulhairi, Syafiq Alif, Shahfiz, Syafiq Fauzan, Muhammad Al-Hafiz dan ramai lagi yang datang malam itu yang tak ingat nama mereka dan kelibat juga 4 , 5 orang pemuda yang aku tak kenal pun. Mungkin kawan-kawan mereka agaknya, walaubagaimanapun, aku hepi sangat wooo....eeeeee....eeeeee.....hehheeheheh

Rupa-rupanya mereka telah lama merancang untuk membuat kejutan buatku sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan ku tahun ini 2008. Sungguh terharu dan gembira teramat bila aku dapat menatap wajah kesemua bekas pelajarku semula setelah beberapa tahun tidak bersua muka. Ada di antaranya yang datang dari jauh seperti Trengganu, Kuala Lumpur dan lain-lain lagi. Menurut Ainur, ada yang mengambil cuti dari kelas yang diikuti di pusat pengajian yang mereka ikuti semta-mata hendak menghadiri rumahku pada malam ini, 13hb April 2008. Di akhir perjumpaan , aku menerima beberapa hadiah seolah-olah hadiah perkahwinan aku lak..[dalam gambar di atas] Alahai... terharu rasanya

Kelihatan mereka semua sungguh mesra dan rapat. Aku difahami ada dalam kalangan mereka yang baru bersua muka setelah beberapa tahun tidak ketemu wajah dan berbicara. Sesungguhnya rumahku ini menjadi tempat untuk menyambung persahabatan mereka yang masih panas dan utuh. Betapa bahagianya aku. Doa aku agar mereka menjadi insan-insan yang berguna di masa hadapan kelak. Amin....

I am truely happy tonight. Thanks my dear ex-students. You're always in my mind forever.... I love you all

Tiada ulasan: