20 Mei 2008

Happy Teacher's Day

Rakan sejawatku yang hadir jamuan di Hotel MS Garden, Kuantan. Masa ni dok tunggu pengerusi majlis belum tiba.... penantian itu satu penyeksaan....uwaaa

Haaa...."Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi buat semua guru-guru SMK Sungai Soi...Selamat Hari Jadiiiii...' Baju kemeja biru tu adalah Pengetua SMKSS, Tn. Haji Rahim


Lepas nyanyikan lagu Selamat Hari Jadi, Kak Aneni, kak Sabita dan Erni bertepuk tangan, masing-masing terharu dengan sambutan Hari Guru kali ini...mesra dan meriah sekali.


Meja VIP ni siap terhidang dengan pelbagai makanan atas meja. Kelihatan dalam gambar ialah Tiga orang pentadbir sekolah dan Ketua Bidang dan Pengerusi Kelab Staf SMKSS.


Persembahan tarian dan pentomim oleh pelajar-pelajar SMKSS sempena Hari Guru di Dewan Perdana SMKSS.


Acara sukaneka Hari Guru di dataran terbuka SMKSS.


Mmmmmm......lazatnyaaaa...puding roti...hidangan penbasuh mulut, aku abadikan gambar ini terlebih dahulu sebelum di'ngap' oleh VIP, hehehehhee


Hidangan buah-buahan menarik minatku. Hidangan pembasuh mulut gak ni.


Popia goreng, mee hoon goreng, mini roti canai, ayam goreng, sosej bergoreng... kesemuanya hidangan hi-tea di meja VIP yang sempat kurakam


Kek istimewa ini di'sponsor' oleh pihak hotel kepada semua guru-guru SMKSS.



Assalamualaikum


Di kesempatan ini , aku ingin mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia. Tak lupa juga aku ingin mengucapkan ucapan keramat itu kepada diriku sendiri yang mana aku telah jauh meneroka alam pendidikan ini selama 13 tahun lamanya.

Tanggal 16 Mei, adalah tarikh yang begitu sinonim dengan guru-guru. Di sekolah aku ni, sambutan dilakukan agak meriah, ada persembahan pelajar, guru, permainan netball dan bolasepak antara sekolah menengah dan rendah serta acara sukaneka.

Pada sebelah petangnya pula, kami guru-guru di bawah pengelolaan Kelab Guru dan Staf SMKSS , telah menghadiri satu jamuan 'hi-tea' di Hotel MS Garden di bandar Kuantan. Suasana meriah dengan sendda gurau sesama rakan sejawat serta pentadbir termasuklah Pengetua, Tn. Hj. Rahim. Kemesraan jelas terpancar di air muka masing-masing melambangkan kegembiraan yang telah lama bertaut erat sesama kami. Sungguh indah saat tersebut.

Pada malam tu, aku sekali lagi dikejutkan oleh satu 'surprise party' oleh pelajar-pelajar tingkatan 5. Sebaik sahaja aku meng'amin'kan do'aku selepas solat isyak, tiba-tiba suamiku beritau yang ada tetamu sedang menanti muka pintu. Lalu akupun terus membuka pintu.

Sebaik sahaja aku membuka pintu, kedengaran ramai suara mengucapkan 'Happy Teacher's Day To Cikgu Siti'... Dengan kerlipan api lilin yang terpacak pada kek, kemudian disusuli dengan makanan seperti bihun goreng, kacang , minuman dan tak lupa juga hadiah buatku.

Aku terpana, terharu dan hatiku begitu amat gembira dengan ingatan dari anak muridku yang sanggup datang ke rumahku bagi meraikan hari yang bersejarah ini bersama aku sekeluarga.

Antara yang hadir ialah Najwa Arifah, nurul huda, Norhatini, Fakhrullah, Mohd Syahmi, Saiful Anwar, Nik Utba Azali, Mohd Saifullah, adik Najwa Adilah dan adik kepada Nurul Huda dan Khairun Syafiq.

Bicara Siti Suraida : I Love You All




Tiada ulasan: