12 Mei 2008
Mata Oh Mata
Assalamualaikum w.b.t
Pagi ni aku nak citer skit kisah diriku ni. Ketika ini, mata kanan aku ni 'injured'. Nak tau sebab apa? Aku ni tak boleh tengok lama sangat atau mengadap lama sangat depan komputer. Mataku cepat 'kering' dan akan menjadi kesat bila menutup kelopak mata sebelah kanan. Aku dah minta hubby aku belikan 'filter' lcd laptop aku ni.
Nak tau tak kisah di sebalik kecederaan mata kananku ni? Begini kisahnya...
Dua tahun lepas, satu kemalangan kecil telah berlaku padaku. Kemalangan tersebut berlaku dalam rumahku sendiri. Akibat terpesona dengan kecantikan dan 'cute' jurai-jurai yang disangkut di alang atau muka pintu, aku telah membeli jurai tersebut di tempat membeli belah SSF di Kuantan ni. Aku pun dengan ghairahnya, menggantung jurai tersebut di alang yang memisahkan ruang tamu dan ruang makan rumahku.
Malang tak berbau, satu hari apabila aku melalui bawah alang tu, tiba-tiba kepingan plastik jurai tu berayun dan aku tak sempat nak elak dan pada masa yang sama aku tak sempat menutup kelopak mataku. 'Bedebuk' kononlah bunyi gitu... Apa lagi, rasa berpinau mata ni masa tu, tergamam jugak. pastu dalam beberapa minit je aku dah rasa macam pedih semacam dan hidung dah mula rasa berair sebab mata kananku dah mula berair. Air mata ni tak tau nak cakaplah, mencurah-curah macam air mata tujuh temapayan yang nak dihadiahkan kepada Puteri Gunung Ledang...heheheheh
Tak tahan dengan rasa pedih mata dan esakan hidung yang berair, aku pergilah ke klinik swasta kat taman perumahanku 'Klinik Badaruddin' masa tu. Aku maklumkan keadaan sebenar kepada doktor yang bertugas masa tu. Dia 'check' mata ku, dan maklumkan tiada kecederaan yang agak ketara kelihatan. Aku diberi ubat titis dan ubat salap mata. Lepas seminggu , syukurlah baik dan sembuh seperti sedia kala.
Selepas setahun kejadian kemalangan kecil tu berlaku, satu malam, bila tiba-tiba aku terjaga dari tidur ku, kelopak mataku juga 'terjaga' secara mengejut. Entah kenapa, mata kananku ini begitu perit dan pedih kurasa. seolah-olah ada pasir di depan kornea mataku ni. Pedihnya Allah aje yang tahu. Nak tutup mata sakit, nak buka mata pun sakit, perit, air mata ni tak usah cakaplah, berjura-jurai macam air terjun jadinya. Lantas, dek tak tahan dengan kesakitan yang berterusan itu, aku pun pergi lah ke klinik. Doktor klinik mula membuat pemeriksaan terhadap mataku. bila diamati betul-betul memang mataku ini cedera. Lantas dia menyarankan aku merujuk ke hospital besar Kuantan.
Aku masih ingat lagi hari itu ialah hari Ahad, pada masa yang sama keesokan harinya hubby aku akan bertolak ke KL dan akan 'terbang' ke Cape Town, Afrika Selatan hari berikutnya atas tiket melancong yang dianugerahkan oleh pihak Takaful pada dia dan rakannya.
Setelah beberapa jam aku di Hospital Tengku Ampuan Afzan menanti apa kesudahan cerita mataku ini, aku dimaklumkan oleh Dr. Aniza [pakar bahagian mata], bahawa mata kananku ini terluka di mana lapisan bahagian atas mata hitamku ini terbelah atau terkoyak di tengah. Agak besar, mungkin akibat terlalu lama dan begitu kuat di bolak-balik oleh kelopak mataku ni. Aku diberikan ubat untuk mengubati luka itu, dan beliau meminta agar datang semula 2 minggu dari hari tersebut.
Setelah 2 minggu berlalu, aku pun pergi semula ke klinik mata Hospital Tengku Ampuan Afzan seperti yang dijanjikan tu. Setelah berjam-jam menanti, akhirnya tibalah giliran aku. Bila doktor pakar tersebut membuat pemeriksaan dengan teliti, syukurlah, mata kananku telah sembuh sepenuhnya. Tiada sebarang kecederaan kelihatan lagi selepas itu. Tempat belahan luka mata kananku ni telahpun bertangkup semula. Alhamdulillah.....
Tika aku sedang berkarya dalam blog ni sekarang ni, aku sedang 'mc' sebab sakit mata akibat terlalu lama mengadap laptop ku ni ekoran dari kerja aku menyiapkan debriefing tempoh hari. Alahai , mata kananku buat 'hal' lagi, perit, pedih dan berair sentiasa mataku ni. Aku dah pun ke klinik untuk dapatkan ubat bagi melegakan kesakitan mataku ini. Syukurlah sekarang dah kembali normal. Mataku boleh 'tersenyum' semula...hehehehe
Akhir kalam , nasihat untuk diri aku sendiri, 'Woi! Siti, jaga sikit mata mu nih, jangan tengok lama-lama laptop mu nih...hehehehe' Sekian saja pesanan dari penaja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan