27 Jun 2010

Kembali Semula

Assalamualaikum dan salam manis buat semua

Pekabar semua rakan, teman , kakak dan adik2 yang pernah buka blog aku dan mengikuti perkembangan blog aku dulu hingga kini? Tak boleh nak tepis kiri kanan lagi sekarang sebab dah berkali-kali ditanya kenapa tak 'update' blog aku ni. Jawapannya adalah aku kehilangan mood dan semangat untuk menaip atau bercerita tentang apa sahaja yang terlintas di fikiran. Entah ke mana menghilang semangatku , aku kurang pasti, yang aku pasti, nak ketuk 'keypad' laptop aku ni pun, rasa macam nak tumbang, hehehehe. Nasib badan la blog, tolonglah kawan-kawan dan sasape saje berilah suntikan semangat skit tuk aku berkarya , sikit pun jadilah ye.!

Gedebuk gedebak dah masuk bulan 6 tahun 2010 ni, masa tu rasa terlalu cepat dan aku tewas dalam berperang dengan masa. Anak-anak muridku nak menduduki SPM tak lama lagi. Dari tinjauan aku, pelajar-pelajarku masih belum serius dalam membuat persediaan peperiksaan SPM kelak. Masih banyak kemahiran yang perlu dibuat atau diasah untuk menguasai teknik menjawab soalan dalam sebarang peperiksaan yang dilalui kelak. Apa-apapun aku berazam untuk membantu mereka agar dapat menjawab dengan memperolehi semaksima markah yang boleh.
Di bawah ini aku petik artikel seorang ahli motivasi saudara Osman Affan yang boleh digunakan oleh anak-anak muridku:

Semasa anda belajar, ada beberapa tabiat buruk yang perlu anda elakkan. Mari kita kongsi bersama satu daripada tabiat buruk ini.

Tabiat buruk yang perlu kita elakkan ialah menyebut perkataan ‘ susah’, ‘pening’ dan ‘tak boleh’. Berdasarkan pengelaman saya, ini adalah perkataan yang sangat digemari oleh pelajar. Baru sahaja cikgu perkenalkan topik baru, mereka dah kata “susah la topik ni cikgu”. Baru sahaja cikgu terangkan tentang topik baru itu, mereka dah kata ” pening la kepala saya cikgu”. Baru sahaja cikgu suruh buat latihan, mereka dah kata “tak boleh buat la cikgu”.

Ini adalah satu tabiat yang sangat buruk. Kita perlu sedar satu perkara. Ada satu bahagian di dalam otak kita yang bergerak balas terhadap arahan kita. Ia akan memastikan reaksi tubuh badan kita selari dengan apa yang kita arahkan. Contohnya, bila anda katasusah, bahagian otak ini akan bergerak balas dengan membuat tubuh badan anda kelihatan seperti orang susah. Anda akan duduk macam orang susah dan muka anda juga kelihatan susah. Akibatnya, anda benar-benar merasa susah dan tidak mungkin dapat mempelajari topik baru itu.

Jadi, buat permulaan, hindari daripada menyebut perkataan negatif di atas. Walaupun anda merasa susah semasa mempelajari sesuatu topik baru, bersabar dan teruskan usaha. Tarik nafas dalam-dalam dan wujudkan keyakinan dalam diri bahawa anda boleh memahami topik baru itu.


Selamat mencuba ye..


Akhir kalam, sehingga ketemu ye di lain masa




Tiada ulasan: