18 Mei 2011

Biskut o biskut

Aku dan makcik Halimah sedang borak sambil piping biskut, hehehe

Inilah geng kelas membuat biskutku yang pertama.

Dari kiri, Sakini, Kak Hamidah dan kak Salina sedang asyik menerap biskut.

Aku dan kak Salina menunjukkan hasil biskut-biskut yang telah siap.


Assalamualaikum dan salam manis buat semua...

Akhirnya, aku dapat jugak belajar memasak biskut raya...hehehehe... Bestnyeeeeeeeee rasa. Satu kepuasan yang sukar digambarkan di kanvas lukisan. Nanti boleh la aku berniaga biskut raya lak, hehehehe. Angan-anganku tinggi la pulak, tapi orang berjaya pernah cakap, kejayaan selalunya datang dari angan-angan kan???

Ohya! Jenis biskut-biskut yang aku belajar nama canggih-canggih la. 6 jenis semuanya, iaitu biskut mambo chochlate cookies, biskut romalet bar, biskut nestum chochlate ball, fruity cookies, poppy irish dan cornflakes flower crunchy.

Barulah rasa berbaloi sekarang bila aku tahu macama nak buat biskut yang tak pernah aku tahu , asyik terliur je tengok dalam buku-buku resepi. Sebenarnya, kita boleh reka dan cipta berbagai bentuk dan aksesori yang kita rasa boleh disesuaikan dengan kehendak kita.

Selain dari belajar masak, aku juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru , antaranya kak Hamidah [Maran ], makcik Halimah [Tanah Putih] , kak Salina [Kemaman] dan Sakini [Kemaman].
Insyaallah, ada kelapangan dan umur panjang kita jumpa lagi ye...

Salam manis dariku.... Eedahakim

1 ulasan:

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ berkata...

:O na tanya, apa beza antara chocolate mambo dengan almond london, tgk rupa sama je


rasa dier mcm mana?