26 Januari 2008

Aku Rindu Pada Mu

Arwah makku yang tercinta...Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1985, ketika itu aku sedang menuntut di tingkatan dua..Gambar di sebelahnya yang sedang menyusuri perahu di Terengganu satu ketika dahulu ialah ayahku yang kini berusia 65 tahun....masih kuat dan hensem...hehehe
Ini aku.... ketika berusia setahun lebih gitu... 'Birthdate' aku 12hb. Januari 1971.

Assalamualaikum dan salam manis buat pengunjung blog aku yang aku hormati...

Aku sebenarnya agak sibuk dengan tugasan aku di sekolah sebagai pendidik. Sejak kebelakangan ini masa tidak mengizinkan aku ber'dating' dengan blog aku ni. Walau bagaimanapun aku tetap akan berkarya bagi memenuhi kepuasan hatiku sendiri dan beberapa insan yang sering berkunjung blog aku ni.

Paparan dua keping gambar lama di atas cukup memberi kesan nostalgia pada ku. Arwah makku bersama ayahku yang sangat aku cintai sentiasa berada di puncak kasihku sepanjang hidupku... Jasa mereka tak terhitung dan tak akan dapat dibalas walaupun jutaan ringgit ditaburkan di depan mereka. Aku masih dapat merasa sentuhan kasih mereka mengalir hingga kini biarpun dengan cara yang tersendiri.

Aku sempat merasa kasih mak kandungku selama 14 tahun sahaja di dunia ini. Sentuhan kasih mak masih kuat dalam jiwaku... aku masih terasa nikmat suapan nasi bersama gulai ikan dari tangan mak aku sewaktu aku masih kecil. Nikmat suapan nasi dari jejari manis mak aku yang masuk ke mulut aku sewaktu aku masih kecil, sukar digambarkan dengan kata-kata. Teramat sedap di dunia walaupun hanya gulai biasa dan ikan goreng. Tiada lagi nikmat sedemikian enak selepas makku pergi meninggalkan ku selepas tu...

Nasihat dan tunjuk ajar mak, asuhan dan didikan mak, masakan mak, senyuman mak, peluh yang menitis di dahi mak, kesedapan masakan mak, sentuhan tangan mak, ciuman kasih di pipiku setiap kali mak menghantar aku ke sekolah sangat berbekas dalam ingatanku sampai ke akhir hayatku...

Moga mak sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah s.w.t dan diampuniNya. Aku rindu pada mak...rindu sangat!!!



Tiada ulasan: