Assalamualaikum dan salam bahagia buat semua
Bila kelihatan panjang dan kurang selesa, pasti ianya akan dipotong. Bila ianya pendek, rasa 'confident' nak buat kerja. Tampak kemas dan bersih penampilan. Kelibatannya kadang-kadang tak dipedulikan. Tetapi ianya menggambarkan imej seseorang.
Cuba bayangkan seorang penebar roti canai dengan kuku yang hitam, panjang dan kelihatan kotor sedang menebarkan roti canai ke udara dengan penuh kesungguhan. Kemudian selepas dah siap roti itu dibakar, dihenyak-henyak roti dengan tangannya yang berpeluh-peluh tu. Pas tu dihidangkan atas meja kita... Tanpa banyak bicara, perut dah lapar, kita pun 'ngap'... mmmmm..sedapnya....
Apa kata lepas baca ni, kita sama-sama tengok, teliti sikit pasal kuku... Aku selitkan sedikit maklumat yang aku dapat...
RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:
Barang siapa yang memotong kukunya pada ;
- Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
- Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
- Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
- Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
- Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
- Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
- Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Lagi satu, mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai jari kelingking tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya. Wallahu'alam.
Bicara Siti Suraida ... so, berhati-hatilah kita bila bercakap pasal kuku.
2 ulasan:
terima kasih kerana ingatan ini..:) mmg slalu ikut cara tu masa potong kuku..:) ustazah dulu dah ajar, sbb dia garang ingat sampai sekarang,hihi
salam mesra buat faisal
sama-samalah kita ingat-mengingati. kita ni bersifat pelupa. oh! dapat ustazah garang ye... takpe..itulah berkat garang dia , faisal ingat sampai sekarang.hihihi
Catat Ulasan