From Cape Town with Love...
Adik sayang abang...
Assalamualaikum dan salam manis khas buat semua pengunjung blog ini.
Di kesempatan ini, aku mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua. Bila kenangkan masa menginjak lagi, aku terkedu sebentar kerana selangkah lagi aku berjalan ke hadapan. Aku pernah mendengar dari seorang motivator, beliau pernah beri cadangan supaya kita memiliki seutas pita ukur [ selalunya digunakan untuk menjahit baju ], kerana kita boleh melihat angka dan setakat mana ukuran pita tersebut yang angkanya bertambah dan bertambah seterusnya hinggalah sampai ke hujung pita ukur tersebut yang boleh digambarkan sebagai penghujung usia kita. Dapat lihat dengan jelas berapa lagi baki umur kita dari pita ukur tersebut. Bernas juga tamsilan yang dibuatnya ye... Terkedu lagi aku.
Hari ini, tanggal 12 januari 2008, genaplah umurku 37 tahun yang mana usia sebegini memungkinkan aku koreksi diri ini dengan lebih kerap lagi. Di kesempatan ini, aku ingin mencari sahabat-sahabat yang sebaya atau hampir umur denganku yang kiranya dapat berkongsi pengalaman, berborak dan 'cairkan' ilmu masing-masing dalam blog ini. Kepada member-member dan adikku yang mengingati 'birthday' ku ini, aku ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga, Aku terharu gak.....
Akhir kalam, sampai di sini dulu bicaraku, ketemu lagi dalam post yang lain...tata
2 ulasan:
Alhamdulillah, sebuah keluarga yg bahagia dan harmoni..:) smoga sentiasa mendapat lindungan dan rahmat dariNya sentiasa,amin..kak, slmt hari lahir ye..smoga diluaskan rezeki yg halal dan dipanjangkan umur yg berkat untuk beribadah kepadaNya..
terima kasih faisal. kak eeda juga doakan agar acai pun bahagia dengan apa yang acai kecapi sekarang ini...amin
Catat Ulasan