04 Februari 2008

Kelas Matematik Cikgu Siti Suraida: Episod 2



Anak-anak muridku sedang khusyuk menjawab soalan matematik.


Assalamualaikum dan salam manis buat semua pengunjung blog ini.

Di kesempatan ini aku ingin menyatakan rasa gembira dan senang hati bilamana aku melihat kesungguhan anak-anak muridku datang belajar denganku di pejabatku. Antaranya ialah Nurul Huda, Nor Azmira Suhaida, NorHatini, Umi Shahrina, Nurul Dhabitah, Nor Adli, Mohd Najmuddin dan Wan Muhaimin [ murid sekolah lain ].

Aku dapat melihat perkembangan mereka yang agak ketara dari mula kehadiran mereka menadah ilmu hingga kini. Di awal kedatangan mereka, aku dapati asas-asas matematik yang diuji terbukti agak lemah. Cara aku yang tidak menekan dan menerangkan dari asas hingga kepada menjawab soalan berformat SPM, menampakkan kemajuan dalam pemahaman mereka.

Wajah-wajah yang ceria kelihatan apabila setiap soalan yang dikemukakan dapat dijawab dengan baik dan tepat. Alhamdulillah. Aku sentiasa berdo'a agar mereka berjaya memperolehi keputusan yang lebih memberangsangkan dalam peperiksaan mahupun ujian semasa.

'Jangan putus asa dan anggaplah subjek Matematik adalah mudah. Semoga berjaya anak muridku.'

Tiada ulasan: