05 Februari 2008

Permata Hatiku




Assalamualaikum dan salam manis buat semua.

Tanggal 5hb Februari 2008, genap usia anak-anakku empat tahun. Terasa mereka begitu cepat membesar depan mataku. Keletah manja dan tangisan malam sewaktu mereka kecil masih terngiang-ngiang di telingaku. Sewaktu mereka masih dalam pelukanku, terasa sungguh kehangatan kasih sayang antara aku dan anak-anakku begitu kuat sekali. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Cukuplah sekadar aku menyatakan bahawa mereka adalah nyawaku...

Antara aksi kegemaran mereka yang dapat kuperhatikan:

1. Suka mandi dan main air tak kurang dari 6 kali sehari jika berada di rumah

2. Sewaktu mandi, mereka akan berendam dalam kolah air bersama barang mainan mereka.

3. Pantang berjumpa dengan sabun mandi, habis kolah air bersabun sampai membukit dan kelibat sabun pun tiada akibat kena 'flush' air tandas dengan sekelip mata.

4. Sangat gemar kepada mainan 'dinosaur' dari sekecil-kecil 'dinosaur' hingga sebesar-besar 'dinosaur'.

5. Suka 'flush' air tandas walaupun sedikit sangat membuang air kecil mahupun besar.

6. Pantang berjumpa bedak, habis satu rumah penuh salji bedak. Muka dan rambut mereka pulak macam putih macam tepung gomak.

7. Suka mewarna buku bergambar, bunyi hembusan nafas mereka boleh ke dengari ketika mewarnakan gambar. Kelihatan agak kemas hasil lakaran warnanya.

8. Pandai mengucapkan 'Maaf mak' jika mengaku salah mereka dan 'terima kasih mak ' jika mereka dapat sesuatu yang mereka hajati.

9. Suka peluk cium pipi mak.

10. Melompat-lompat dan buat 'summersault' setiap malam atas katil sebelum tidur.

Bicara Siti Suraida - Aku amat teruja dengan permata hatiku setiap detik dan waktu...


Tiada ulasan: