20 Mei 2008

Happy Teacher's Day

Rakan sejawatku yang hadir jamuan di Hotel MS Garden, Kuantan. Masa ni dok tunggu pengerusi majlis belum tiba.... penantian itu satu penyeksaan....uwaaa

Haaa...."Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi buat semua guru-guru SMK Sungai Soi...Selamat Hari Jadiiiii...' Baju kemeja biru tu adalah Pengetua SMKSS, Tn. Haji Rahim


Lepas nyanyikan lagu Selamat Hari Jadi, Kak Aneni, kak Sabita dan Erni bertepuk tangan, masing-masing terharu dengan sambutan Hari Guru kali ini...mesra dan meriah sekali.


Meja VIP ni siap terhidang dengan pelbagai makanan atas meja. Kelihatan dalam gambar ialah Tiga orang pentadbir sekolah dan Ketua Bidang dan Pengerusi Kelab Staf SMKSS.


Persembahan tarian dan pentomim oleh pelajar-pelajar SMKSS sempena Hari Guru di Dewan Perdana SMKSS.


Acara sukaneka Hari Guru di dataran terbuka SMKSS.


Mmmmmm......lazatnyaaaa...puding roti...hidangan penbasuh mulut, aku abadikan gambar ini terlebih dahulu sebelum di'ngap' oleh VIP, hehehehhee


Hidangan buah-buahan menarik minatku. Hidangan pembasuh mulut gak ni.


Popia goreng, mee hoon goreng, mini roti canai, ayam goreng, sosej bergoreng... kesemuanya hidangan hi-tea di meja VIP yang sempat kurakam


Kek istimewa ini di'sponsor' oleh pihak hotel kepada semua guru-guru SMKSS.



Assalamualaikum


Di kesempatan ini , aku ingin mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia. Tak lupa juga aku ingin mengucapkan ucapan keramat itu kepada diriku sendiri yang mana aku telah jauh meneroka alam pendidikan ini selama 13 tahun lamanya.

Tanggal 16 Mei, adalah tarikh yang begitu sinonim dengan guru-guru. Di sekolah aku ni, sambutan dilakukan agak meriah, ada persembahan pelajar, guru, permainan netball dan bolasepak antara sekolah menengah dan rendah serta acara sukaneka.

Pada sebelah petangnya pula, kami guru-guru di bawah pengelolaan Kelab Guru dan Staf SMKSS , telah menghadiri satu jamuan 'hi-tea' di Hotel MS Garden di bandar Kuantan. Suasana meriah dengan sendda gurau sesama rakan sejawat serta pentadbir termasuklah Pengetua, Tn. Hj. Rahim. Kemesraan jelas terpancar di air muka masing-masing melambangkan kegembiraan yang telah lama bertaut erat sesama kami. Sungguh indah saat tersebut.

Pada malam tu, aku sekali lagi dikejutkan oleh satu 'surprise party' oleh pelajar-pelajar tingkatan 5. Sebaik sahaja aku meng'amin'kan do'aku selepas solat isyak, tiba-tiba suamiku beritau yang ada tetamu sedang menanti muka pintu. Lalu akupun terus membuka pintu.

Sebaik sahaja aku membuka pintu, kedengaran ramai suara mengucapkan 'Happy Teacher's Day To Cikgu Siti'... Dengan kerlipan api lilin yang terpacak pada kek, kemudian disusuli dengan makanan seperti bihun goreng, kacang , minuman dan tak lupa juga hadiah buatku.

Aku terpana, terharu dan hatiku begitu amat gembira dengan ingatan dari anak muridku yang sanggup datang ke rumahku bagi meraikan hari yang bersejarah ini bersama aku sekeluarga.

Antara yang hadir ialah Najwa Arifah, nurul huda, Norhatini, Fakhrullah, Mohd Syahmi, Saiful Anwar, Nik Utba Azali, Mohd Saifullah, adik Najwa Adilah dan adik kepada Nurul Huda dan Khairun Syafiq.

Bicara Siti Suraida : I Love You All




13 Mei 2008

How Much Do You Know About Your Teacher?

How much do you know about your teacher?This afternoon, i just came across this article from 'Teacher Appreciation' while i was surfing internet. I'd like to share with you what i got here... Please feel free to ponder on this one...


If you are preparing a teacher appreciation work or activity of any kind, it is wise to first consider how much you actually know about your teacher and why you feel a special appreciation for him or her. Just take a piece of paper and write:

  • Teacher’s full name.
  • Subject.
  • Gender and approximate age.
  • Husband or wife? Kids? Pets?
  • Where is he or she from?
  • Physical remarks (glasses, height, hair…).
  • Normally wears…
  • Any known hobby.
  • Funny details, like tics, words he/she repeats a lot, etc.
  • Anything else that may be important.
This short exercise will help you to organize your ideas. When you start writing or creating any other kind of teacher appreciation material, it will come out in a more fluent and easier way. Now, why do you feel a special teacher appreciation for him or her? You may wish to take a few minutes to think about:

  • Why are you particularly fond of this teacher?
  • How does he or she compare to other teachers you’ve had before?
  • Is he or she more tolerant than others?
  • Does he or she obtain true respect and teacher appreciation from the class without getting angry?
  • Are his or her lessons particularly interesting, funny or just easier to understand?
  • Does he or she address each student individually and meet his or her particular needs?
  • Does he or she make efforts to solve your doubts, even beyond his or her current knowledge?
  • Does he or she take some time to discuss with you students beyond his or her particular subject?
  • Apart from his or her subject, what values have you learnt from this teacher?
  • If you’re thinking about a teacher or professor you had long ago, why do you think you remember that person especially?
Bicara Siti Suraida - well, on behalf of all teachers in Malaysia, i feel that if our students could give such an impressive answers for all these questions without any doubts, i am sure they could excel in whatever they do in life..

12 Mei 2008

Mata Oh Mata

Eyes

Assalamualaikum w.b.t

Pagi ni aku nak citer skit kisah diriku ni. Ketika ini, mata kanan aku ni 'injured'. Nak tau sebab apa? Aku ni tak boleh tengok lama sangat atau mengadap lama sangat depan komputer. Mataku cepat 'kering' dan akan menjadi kesat bila menutup kelopak mata sebelah kanan. Aku dah minta hubby aku belikan 'filter' lcd laptop aku ni.

Nak tau tak kisah di sebalik kecederaan mata kananku ni? Begini kisahnya...

Dua tahun lepas, satu kemalangan kecil telah berlaku padaku. Kemalangan tersebut berlaku dalam rumahku sendiri. Akibat terpesona dengan kecantikan dan 'cute' jurai-jurai yang disangkut di alang atau muka pintu, aku telah membeli jurai tersebut di tempat membeli belah SSF di Kuantan ni. Aku pun dengan ghairahnya, menggantung jurai tersebut di alang yang memisahkan ruang tamu dan ruang makan rumahku.

Malang tak berbau, satu hari apabila aku melalui bawah alang tu, tiba-tiba kepingan plastik jurai tu berayun dan aku tak sempat nak elak dan pada masa yang sama aku tak sempat menutup kelopak mataku. 'Bedebuk' kononlah bunyi gitu... Apa lagi, rasa berpinau mata ni masa tu, tergamam jugak. pastu dalam beberapa minit je aku dah rasa macam pedih semacam dan hidung dah mula rasa berair sebab mata kananku dah mula berair. Air mata ni tak tau nak cakaplah, mencurah-curah macam air mata tujuh temapayan yang nak dihadiahkan kepada Puteri Gunung Ledang...heheheheh

Tak tahan dengan rasa pedih mata dan esakan hidung yang berair, aku pergilah ke klinik swasta kat taman perumahanku 'Klinik Badaruddin' masa tu. Aku maklumkan keadaan sebenar kepada doktor yang bertugas masa tu. Dia 'check' mata ku, dan maklumkan tiada kecederaan yang agak ketara kelihatan. Aku diberi ubat titis dan ubat salap mata. Lepas seminggu , syukurlah baik dan sembuh seperti sedia kala.

Selepas setahun kejadian kemalangan kecil tu berlaku, satu malam, bila tiba-tiba aku terjaga dari tidur ku, kelopak mataku juga 'terjaga' secara mengejut. Entah kenapa, mata kananku ini begitu perit dan pedih kurasa. seolah-olah ada pasir di depan kornea mataku ni. Pedihnya Allah aje yang tahu. Nak tutup mata sakit, nak buka mata pun sakit, perit, air mata ni tak usah cakaplah, berjura-jurai macam air terjun jadinya. Lantas, dek tak tahan dengan kesakitan yang berterusan itu, aku pun pergi lah ke klinik. Doktor klinik mula membuat pemeriksaan terhadap mataku. bila diamati betul-betul memang mataku ini cedera. Lantas dia menyarankan aku merujuk ke hospital besar Kuantan.

Aku masih ingat lagi hari itu ialah hari Ahad, pada masa yang sama keesokan harinya hubby aku akan bertolak ke KL dan akan 'terbang' ke Cape Town, Afrika Selatan hari berikutnya atas tiket melancong yang dianugerahkan oleh pihak Takaful pada dia dan rakannya.

Setelah beberapa jam aku di Hospital Tengku Ampuan Afzan menanti apa kesudahan cerita mataku ini, aku dimaklumkan oleh Dr. Aniza [pakar bahagian mata], bahawa mata kananku ini terluka di mana lapisan bahagian atas mata hitamku ini terbelah atau terkoyak di tengah. Agak besar, mungkin akibat terlalu lama dan begitu kuat di bolak-balik oleh kelopak mataku ni. Aku diberikan ubat untuk mengubati luka itu, dan beliau meminta agar datang semula 2 minggu dari hari tersebut.

Setelah 2 minggu berlalu, aku pun pergi semula ke klinik mata Hospital Tengku Ampuan Afzan seperti yang dijanjikan tu. Setelah berjam-jam menanti, akhirnya tibalah giliran aku. Bila doktor pakar tersebut membuat pemeriksaan dengan teliti, syukurlah, mata kananku telah sembuh sepenuhnya. Tiada sebarang kecederaan kelihatan lagi selepas itu. Tempat belahan luka mata kananku ni telahpun bertangkup semula. Alhamdulillah.....

Tika aku sedang berkarya dalam blog ni sekarang ni, aku sedang 'mc' sebab sakit mata akibat terlalu lama mengadap laptop ku ni ekoran dari kerja aku menyiapkan debriefing tempoh hari. Alahai , mata kananku buat 'hal' lagi, perit, pedih dan berair sentiasa mataku ni. Aku dah pun ke klinik untuk dapatkan ubat bagi melegakan kesakitan mataku ini. Syukurlah sekarang dah kembali normal. Mataku boleh 'tersenyum' semula...hehehehe

Akhir kalam , nasihat untuk diri aku sendiri, 'Woi! Siti, jaga sikit mata mu nih, jangan tengok lama-lama laptop mu nih...hehehehe' Sekian saja pesanan dari penaja.

09 Mei 2008

Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum dan salam manis buat semua yang sudi berkunjung ke blog aku nih


Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Happy Mother's Day' atau 'Selamat Hari Ibu' kepada makku di Kedah. Moga mak sentiasa berada di bawah Lindungan ALLAH s.w.t dan bahagia bersama suami dan anak-anak di sana. Di sebalik keriangan ini, aku tak lupa juga untuk menghantar bingkisan ucapan ini khas buat mak kandungku di persana 'sana'. Moga mak beroleh ketenteraman dan dirahmati ALLAH s.w.t. Do'a anakmu ini agar mak dapat berehat dengan aman di 'sana'. Aku rindu mak, aku sayang mak.


Ohya.. semasa menulis blog aku nih, aku sedang berkursus asas komputer microsoft office power pint di Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan. Alahai, pagi-pagi dah sampai sini lebih kurang pukul 9 pagi. kami bertolak dalam jam 8 pagi tadi dengan menaiki bas kolej komuniti. Hehehehe.. dah terlalu lama tak naik bas, bila naik bas ramai-ramai dengan member ni , best rasanya....


Oklah, aku 'stop' dulu lah ye... Jumpa lagi.. Selamat Hari Ibu

08 Mei 2008

Debriefing Punye Cite


Assalamualaikum semua

Debriefing??? Apa tu? Hehehehe.... debriefing ni ialah satu penyeksaaan bagi ku. Aku dikehendaki membuat pembentangan berkenaan Prestasi Matematik SPM bagi sekolah berprestasi rendah SPM di daerah Kuantan di hadapan Pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Pegawai Matematik dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan, guru-guru cemerlang matematik serta juga rakan-rakan sejawat denganku.

Tanggal 8hb Mei 2008, jam 8.30 pagi , aku dipanggil oleh En. Che Zainon, pegawai PPD bahagian Sains dan Matematik untuk membuat pembentangan yang pertama. Alahai... Allah je yang tahu perasaan aku masa tu. Gabra, berdebar-debar dan macam-macam lagi. Rasa rendah diri pun ada. Tapi apa-apa pun, aku rasa ok akhirnya. Bila abis je aku wat debriefing tu, fuh! rase leganyaaaaaaaa.....hehehehhee

Itulah pengalaman yang aku takan lupa. Lain kali aku taknak dah wat debriefing ni, membebankan je sebabnya masa wat persediaan bahan tu yang seksa, kena wat dalam bentuk Power Point. Ishhh..tak kuasa...

Bicara aku: aku masih mencintai semua anak muridku yang akan aku curahkan ilmu walaupun banyak rintangan dan dugaan. Aku boleh!

05 Mei 2008

Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

Photobucket
Assalamualaikum dan salam manis buat semua pengunjung blog aku nih.

Petang ni aku tergerak untuk menurunkan sedikit sentuhan bicara info yang ku kutip dari sumber maya ini, iaitu gerakan jari melambangkan personaliti diri seseorang. Jom kita beri peluang kepada coretan di bawah ini...

Memicit atau memegang hidung
- Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.
- Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayainya.

Meletak tangan pada bahu kawan
- Suka ikut kepala sendiri.
- Pentingkan diri sendiri.
- Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.

Bermain dengan tangannya
- Mempunyai tahap humor yang tinggi.
- Pandai berjenaka.
- Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.
- Jenis 'open minded'.

Mematahkan jari jemarinya
- Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.
- Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku
- Gugup dan gementar bila berbicara.
- Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut
- Suka berkhayal.
- Sukar diperdayakan.
- Keras kepala.

Menongkat dagu
- Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
- Suka mendengar masalah teman-teman.
- Setia dalam persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja
- 'Happy go lucky' dan pandai menyesuaikan diri.
- Peramah.
- Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan
- Ramah dan berfikiran matang.
- Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.
- Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.

Memutar cincin
- Sangat menepati janji.
- Berhati-hati dlm tutur kata.
- Gemar hidup yang teratur.

Jadi, bagaimanakah gerak jari anda? :)

Bicara Siti Suraida: tengah fikir apa gerak jariku ini...shhhhhh...rahsia....hehehhee