30 November 2007

Blog Motivasi Pembangunan Diri - Asas Pembangunan Minda

Blog Motivasi Pembangunan Diri - Asas Pembangunan Minda

Aku


Assalamualaikum dan salam sayang dariku.

'Cikgu Siti' itulah panggilan yang sering kedengaran dari mulut anak-anak didikku di sekolah. Aku kini bertugas di SMK Sungai Soi, Kuantan, Pahang. Sekolah ini terletak 17km dari bandar Kuantan. Boleh dikatakan sekolah ini dalam kategori sekolah 'pinggir bandar' kerana pelajar-pelajarnya kebanyakannya 99.9% adalah Melayu dan dari kawasan pinggir bandar. Aku bertugas di sekolah ini hampir 4 tahun. Sebelum ini aku pernah bertugas di SEMESTA, Raub, Pahang [first posting], SHAHPEKAN, dan SMK Tanjung Lumpur.
Mengajar subjek Matematik adalah gelanggangku di arena perguruan ini. Aku kini lebih fokus kepada Matematik SPM. Subjek ini merupakan 'subject killer' bagi pelajarku. Ramai pelajar Melayu kita lemah dalam subjek ini. Memang hakikatnya subjek inilah kebanyakan pelajar Melayu kita ketinggalan jauh ke belakang dari pelajar-pelajar bukan bumiputera terutamanya bangsa Cina. Justeru itu, aku berazam untuk membangunkan minda anak-anak Melayu kita supaya sedar akan kepentingan Matematik dalam kehidupan mereka.
Aku telah berjanji pada diriku bahawa aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan diri anak-anak Melayu kita dengan meningkatkan prestasi mereka dalam subjek Matematik.
Kini dalam diam tak diam aku telah berjaya membuka kelas bimbingan matematik khas untuk pelajar-pelajar yang lemah Melayu di sebuah premis di bandar Kuantan. Istimewanya kelas ini lain dari yang lain adalah ianya berfokuskan moto 'cheap.simple.clear'. Dari sumber anak-anak muridku yang belajar denganku di kelas ini, mereka rasa amat bertuah dan begitu teruja dengan harga yang kuberikan bagi kelas ini.
Setiap kali perjumpaan kelas, hanyalah dikenakan bayaran RM5 sahaja yang berlangsung dalam masa 3 jam. Ianya diadakan setiap hari Sabtu [tertakluk perubahan] setiap minggu. Segala kelengkapan aku sediakan buat mereka termasuklah fail, edaran latihan, nota,kertas graf, kertas contengan, buku skrap panjang dan lain-lain peralatan yang diperlukan. Mereka hanya datang membawa kalkulator sahaja. Simple kan!
Aku rasa begitu damai di hati apabila kulihat anak-anak muridku sanggup datang kelasku demi untuk belajar Matematik. Aku do'akan agar mereka akan menjadi insan yang berguna dan maju dalam hidup mereka kelak. InsyaALLAH.
* Gambar aku dan anak-anakku semasa bercuti di Melaka.