Memaparkan catatan dengan label Kanvas Hidupku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kanvas Hidupku. Papar semua catatan
29 Februari 2012
Hai jumpa lagi
03 Oktober 2011
Cokelat oh Cokelat
Hai....maaflah dah lama aku tak 'sapu' sawang blog aku ni... aku sedang teruja dengan hobi baru aku nih... aku bz buat cokelat sendiri dan kek cokelat kukus ....Hehehe, ada sesapa nak tempah angkat tangan ye....
Lepas ni aku akan masukkan entry pasal kek cokelat kukus aku lak....tungguuuuuuuuuuuuu geng
25 Julai 2011
Baru Belajar Masak
Assalamualaikum semua..
Berkali-kali aku tengok blog aku ni tak berusik. Ilham langsung tenggelam ditambah pula dengan kesibukan yang tak menentu menyebabkan aku tidak sempat menyapu 'sawang' blog aku ni. Minta maaf banyak-banyak tau...

Aku sebenarnya tengah mencari idea untuk masuk entri dalam blog aku sendiri. Last-last aku dapat idea 'kaw-kaw' punye. Hehehe, kebetulan aku sedang berjinak-jinak belajar memasak. Kelakarlah jugak bila ada terselit satu komen dari pengunjung blog aku ni yang bertanyakan tentang hal biskut. hehehehe...
Di bawah ni aku letakkan gambar-gambar masakan sentuhan aku yang aku belajar dari kawan dan juga kelas masakan. Rasa berbaloi jugak la... antaranya ialah, cokelat homemade yang aku buat untuk majlis berbuka puasa di rumah mertuaku baru-baru ni, licin habisssss.....
Cokelat first time aku buat
Apa yang aku buat di atas ini hanyalah untuk kepuasan diri aku sendiri je. Hehehehe, walau apa yang aku masak, aku puas hati....
18 Mei 2011
Biskut o biskut
Aku dan makcik Halimah sedang borak sambil piping biskut, hehehe
Inilah geng kelas membuat biskutku yang pertama.
Dari kiri, Sakini, Kak Hamidah dan kak Salina sedang asyik menerap biskut.
Aku dan kak Salina menunjukkan hasil biskut-biskut yang telah siap.Assalamualaikum dan salam manis buat semua...
Akhirnya, aku dapat jugak belajar memasak biskut raya...hehehehe... Bestnyeeeeeeeee rasa. Satu kepuasan yang sukar digambarkan di kanvas lukisan. Nanti boleh la aku berniaga biskut raya lak, hehehehe. Angan-anganku tinggi la pulak, tapi orang berjaya pernah cakap, kejayaan selalunya datang dari angan-angan kan???
Ohya! Jenis biskut-biskut yang aku belajar nama canggih-canggih la. 6 jenis semuanya, iaitu biskut mambo chochlate cookies, biskut romalet bar, biskut nestum chochlate ball, fruity cookies, poppy irish dan cornflakes flower crunchy.
Barulah rasa berbaloi sekarang bila aku tahu macama nak buat biskut yang tak pernah aku tahu , asyik terliur je tengok dalam buku-buku resepi. Sebenarnya, kita boleh reka dan cipta berbagai bentuk dan aksesori yang kita rasa boleh disesuaikan dengan kehendak kita.
Selain dari belajar masak, aku juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru , antaranya kak Hamidah [Maran ], makcik Halimah [Tanah Putih] , kak Salina [Kemaman] dan Sakini [Kemaman].
Insyaallah, ada kelapangan dan umur panjang kita jumpa lagi ye...
Salam manis dariku.... Eedahakim
12 Julai 2010
Eedahakim

Assalamualaikum dan salam manis buat semua pengunjung blog ini.
Nampak tak nama tertera di atas? Eedahakim. Aku cuma nak huraikan makna Eedahakim ini. Dalam nama ringkas ini terkandung 4 nama yang merangkumi namaku dan suami serta anak-anakku. Nama ku siti suraida [eeda], suamiku bernama Hanapi [ha], nama anakku Luqman Nur Hakim [kim] dan seterusnya Luqman Nur Hadi [Eeda - terbalikkan jadi adee].
Sekian dulu, jumpa di lain masa
18 Mac 2009
Ayahku
Assalamualaikum dan salam manis darikuPagi ini aku ingin bersyahdu syahdan jap dengan insan yang sangat kucintai di dunia, tiada duanya...dialah ayahku, Haji Jamaludin bin Abdullah yang aku pernah abadikan cerita kolam ikan puyu dan ladang limau..... alahai aku memang tersentuh bila aku teringat kat ayahku.......
Di bawah ni aku tujukan sajak khas buat ayahanda tercinta yang aku cedok dari petikan internet juga..
AYAH
Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda...
Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan
Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu
Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”
Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja
Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau....
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal ...
.....Gagal kami temui dalam setiap dakapan
.....Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
.....Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami....
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan
Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa
Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga
Little Mike
Jun 2007
24 Februari 2009
Kolam ikan puyu dan ladang limau
Assalamualaikum dan selamat bercuti buat semua pendidik dan pelajar.
Di kesempatan yang ada ini, izinkan aku 'lepaskan' ceritaku yang dah lama disimpan dalam 'draft' blog aku nih. Sebelum ni, aku demam selsema. Tak daye la aku nak mengadap laptop nih. Sekarang ni, kira dah orait la skit. Kepada semua bekas muridku yang baru panas-panas lagi memperolehi keputusan SPM baru-baru ni, aku ingin mengucapkan selamat maju jaya dan moga kalian bijak membuat percaturan hidup mulai dari sekarang.
Di bawah ini, terdapat sedikit gambar-gambar yang aku tangkap sewaktu aku berada di kampung sewaktu aku menghabiskan cuti selama 4 hari sempena Cuti Tahun baru Cina baru-baru nih. Silalah menjamu mata ye. heheheheh
Inilah ikan-ikan puyu yang aku telah siang, bersihkan dan lumurkan dengan garam. eeeeee aku geram sungguh tengok ikan-ikan puyu ni, nampak je pun dah terliur la, hehehehehe
Ikan-ikan puyu yang baru je dijala. Dok melompat-lompat dalam tong plastik. alahai, memang best sangat masa nih.....
Inilah abanglong aku, Ahmad Jamsuri. Dialah mastermind kami. Aku suka sangat bila abang aku bersama-sama habiskan masa cuti bersama aku dan famili. Dia banyak idea, nak wat itu, ini. Aku ikut je, hehehehehe
Gambar di atas ni pulak ialah adik ipar aku, Zamzuri. Dia juga memang best kalau berkumpul sama. Peramah dan baik hati orangnya. Ringan tulang , rajin bantu apa-apa aje. semua ok!
Jeng..jeng, jejaka di atas ni pulak, tak lain tak bukan, jejaka hensem seMalaya, cik abang aku lah, hehehehehe. Boleh tahan gak abang aku ni tangkap ikan puyu. hehehehhe cayalah cayang
Wah...wah, begitu asyik jejaka-jejaka hensem di atas memfokuskan perhatian kat jala dengan harapan ikan puyu tu masuk jaring....hehehheeh best sangat masa ni..
Ok...ok, hati2 ye banggg.....nanti ikan-ikan tu melompat keluar lak. Seriusnyeee muka...hehehehe
Di atas ni lak, adalah adegan ayahku dengan cucu kembarnya,, hehehee... anak-anakku dok kecek buah limau tok ayahnya... memang classssssss limau ayah

Gambar-gambar di atas semuanya adalah tanaman limau madu ayahku. Memang geram sungguh tengok pokok limau ayahku nih. Rasa macam dok kat oversea. Susah nak gambarkan dalam perkataan bagaimana 'happening' sangat bila aku balik kampung kali ni. Dengan ikan puyu dan limau madu yang ayahku usahakan.
Di sini aku ingin mengambil kesempatan nak ucapkan tahniah kepada ayahku kerana begitu rajin mengusahakan ladang limau dan kkolam ikan puyu di kampung di Lubok Buntar, Kedah. Sesapa yang teringin nak beli ikan puyu ke limau ayahku ke, boleh lah tepon aku, hehehehehe...
ok , aku cau dulu ye, lain kali jumpa ye.
Di kesempatan yang ada ini, izinkan aku 'lepaskan' ceritaku yang dah lama disimpan dalam 'draft' blog aku nih. Sebelum ni, aku demam selsema. Tak daye la aku nak mengadap laptop nih. Sekarang ni, kira dah orait la skit. Kepada semua bekas muridku yang baru panas-panas lagi memperolehi keputusan SPM baru-baru ni, aku ingin mengucapkan selamat maju jaya dan moga kalian bijak membuat percaturan hidup mulai dari sekarang.
Di bawah ini, terdapat sedikit gambar-gambar yang aku tangkap sewaktu aku berada di kampung sewaktu aku menghabiskan cuti selama 4 hari sempena Cuti Tahun baru Cina baru-baru nih. Silalah menjamu mata ye. heheheheh
Inilah ikan-ikan puyu yang aku telah siang, bersihkan dan lumurkan dengan garam. eeeeee aku geram sungguh tengok ikan-ikan puyu ni, nampak je pun dah terliur la, hehehehehe
Ikan-ikan puyu yang baru je dijala. Dok melompat-lompat dalam tong plastik. alahai, memang best sangat masa nih.....
Inilah abanglong aku, Ahmad Jamsuri. Dialah mastermind kami. Aku suka sangat bila abang aku bersama-sama habiskan masa cuti bersama aku dan famili. Dia banyak idea, nak wat itu, ini. Aku ikut je, hehehehehe
Gambar di atas ni pulak ialah adik ipar aku, Zamzuri. Dia juga memang best kalau berkumpul sama. Peramah dan baik hati orangnya. Ringan tulang , rajin bantu apa-apa aje. semua ok!
Jeng..jeng, jejaka di atas ni pulak, tak lain tak bukan, jejaka hensem seMalaya, cik abang aku lah, hehehehehe. Boleh tahan gak abang aku ni tangkap ikan puyu. hehehehhe cayalah cayang
Wah...wah, begitu asyik jejaka-jejaka hensem di atas memfokuskan perhatian kat jala dengan harapan ikan puyu tu masuk jaring....hehehheeh best sangat masa ni..
Ok...ok, hati2 ye banggg.....nanti ikan-ikan tu melompat keluar lak. Seriusnyeee muka...hehehehe
Di atas ni lak, adalah adegan ayahku dengan cucu kembarnya,, hehehee... anak-anakku dok kecek buah limau tok ayahnya... memang classssssss limau ayah

Gambar-gambar di atas semuanya adalah tanaman limau madu ayahku. Memang geram sungguh tengok pokok limau ayahku nih. Rasa macam dok kat oversea. Susah nak gambarkan dalam perkataan bagaimana 'happening' sangat bila aku balik kampung kali ni. Dengan ikan puyu dan limau madu yang ayahku usahakan.Di sini aku ingin mengambil kesempatan nak ucapkan tahniah kepada ayahku kerana begitu rajin mengusahakan ladang limau dan kkolam ikan puyu di kampung di Lubok Buntar, Kedah. Sesapa yang teringin nak beli ikan puyu ke limau ayahku ke, boleh lah tepon aku, hehehehehe...
ok , aku cau dulu ye, lain kali jumpa ye.
13 Ogos 2008
Alahai Lamanyeeeeee Tak Jengok Sini
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aduh... dah terlalu lama aku tak menjengok blog aku ni. Rasa bersalah gak. Disebabkan mungkin tiada modal ni taip, dan juga banyak tugas menderaku, hehehehe. tapi petang ni, aku ke sini nak hembus habuk ke, sawang ke yang melekat kat blog aku nih... al-maklumlah, dah lama benar aku tak 'top up' isi baru dalam blog aku nih.
Rindu bukan kepalang..., sekali mood datang, ada la benda nak taip. tapi kalu time tade idea, kering kontang tu, nak buka blog ni pun, teragak-agak. Rupa-rupanya , blog aku ni dibaca gak oleh insan-insan yang rapat denganku, seperti teman rapatku, anak muridku, anak sedaraku, member lamaku di Penang dan lain-lain lagi.
Aku sebenarnya baru habis dari hambatan melunasi tugasanku sebagai guru penyelaras jadual waktu. Dah berminggu-minggu aku dok perah otakku dalam menjayakan jadual waktu yang perlu dibaiki ekoran beberapa kesilapan pembahagian waktu rehat menengah rendah dan atas.
Terasa lega, apabila semuanya dah beres. Kini, jika tiada apa halangan, aku aku terus berkarya. Aku mengharapkan sokongan dari semua. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blogku ni. Moga kalian dirahmati ALLAH jua hendakNya. Amin
21 Jun 2008
Langgan:
Catatan (Atom)