16 Julai 2013

Semangat Baru Tahun 2013

Assalamualaikum semua pengunjung blog ku.
Mohon jutaan kemaafan seandainya terlalu lama aku tidak memasukkan entry di sini. Selamat menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan. Semoga sama-sama kita menjadi hambaNya yang bertakwa dan berjaya dunia dan akhirat.

Di saat ini aku ingin menyambung semula celoteh ku yang sekian lama sepi dalam blog ku ini.
Ingin ku khabarkan kepada semua yang aku juga mempunyai impian untuk melakukan sesuatu yang aku minat. Sebenarnya aku seorang yang suka melakukan sesuatu yang agak mencabar namun disebabkan aku benar-benar minat, maka itu semua sebagai ujian dan cabaran yang perlu aku atasi sehingga menjadi kenyataan.

Berilah aku semangat untuk berjaya....dan terus berjaya...dunia dan akhirat

10 Julai 2012

Kek Cawan lagi

Assalamualaikum dan salam manis buat semua.

Pagi ni aku minta maaf banyak2 sbb baru ada kesempatan masuk entry dlm blog aku ni... hehe kalu blog aku boleh bercakap mesti dia akan cakap "Mana pergi tuan aku ni? asyik hilang jek! Aku ni dah bersawang karat dah...bila-bila masa je akan gelap...mmmmmm.." Nah! jeng-jeng-jeng, ok jangan merajuk ye blog, tuanmu ni sibuk...ok3 kita masuk entry ye...hehehehe...senyum skit ye blog.

Aku nak tambah gambar cupcake yang buat ni...ala kadar je...memenuhi permintaan pelanggan je...sila tengok kat bawah ni...




Cupcake Edible image 'boboi boy dan angry bird' tempahan dari customer staf Takaful sempena birthday anak lelakinya...terima kasih Sue


Cupcakes strawberi tempahan dari Zeti Jelita, terima kasih ye


Cupcakes strawberi tempahan dari Sarimah teman sepejabatku

cupcakes chocolate moist tempahan dari Zeti Jelita

cupcakes blueberry tempahan juga dari Zeti Jelita, terima kasih semuanya ye...

29 Mei 2012

Kek Black Forest


Salam hari selasa...hehehe

Inilah kek black forest ....first time aku buat...tempahan dari adik Sarimah yang manis

Black Forest.....seindah namanya...

Wedding Firdaus

Salam manis buat semua...

Dua hari lepas aku menghadiri majlis perkahwinan anak saudaraku, Firdaus...isterinya Fatin..
 Inilah mempelai yang bagaikan pinang dibelah dua...so sweet...


Kek oren khas buat anak saudaraku ...Firdaus Ariff..semoga kalian bahagia melayari bahtera perkahwinan yang menuntut sejuta kesabaran dan ketabahan hatimu....


ikhlas dari maklang...

Kek Cawan

Assalamualaikum sekali lagi...

Sesekali aku juga mendapat tempahan kek cawan ... agak memenatkan nak membuatkan satu-satu...tetapi puas hati setelah dapatkan siapkan...


 Kek cokelat moist di atas ni tempahan dari Sue dari ofis suamiku berjumlah hampir 50 biji semuanya....terima kasih

 Kek cawan oren ini pula datangnya dari Pn. Rosnah teman seperjuanganku...terima kasih daun keladi kak..

Kek cawan perasa strawberi ini pula datangnya dari adik manis Sarimah yang bekerja di tempat yang sama juga..50 biji  semuanya.....terima kasih dik.....yummyyyyy....


Enjoy semua cupcakes tu yeeee...

Jumpa lagi

Kek Birthday Lagi

Assalamualaikum dan salam manis sejuta kasih...

Entry ni masih lagi kisah tempahan kek. Tapi kali ini kek birthday anak teman...hehehe
 Jom layan....


 Kek birthday di atas ni datangnya dari temanku iaitu Pn. Zahirah...terima kasih atas sokonganmu...


Kek strawberi di atas ni pulak datangnya dari teman seperjuanganku...Pn. Norasnida....thanks a lot geng!!!
Hope you enjoy the cakes....yummmyyyyyy

See you...

Selamat Bertemu Kembali

Assalamualaikum dan salam manis. Bertemu semula ye...setelah sekian lama aku menyepi, percayalah bukan disengajakan. Laptop aku tertinggal di KL...hehehe...

Ok..apa aku nak taip ye?????.. sejak 3 minggu ni...aku sebenarnya aku sibuk dengan kerja dan dalam masa yang sama aku menerima tempahan kek dan cupcake dari kawan-kawan dan juga bekas pelajar aku..
Jom kita tengok tempahan kek yang aku jenuh nak siapkan...sampai terbakoooo....hehehe jangan mareee. Walaubagaimana pun aku enjoy menyiapkan semua tempahan di bawah ni.


Kek pengantin tempahan bekas pelajarku Najwa buat kali kedua....hehehe..terima kasih ye...





Kek Pandan temaphan dari Kelab Keluarga SMKSS



Pengetua akuu sedang memotong kek...hehehehe hati-hati puan...takut patah pisau tu...kekekeke


Kek di atas ni pula ialah kek oren..member cakap sodapppppp...yummmyyyy,...marvelous...hehehe

Jumpa lagi...