Memaparkan catatan dengan label ikan puyu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan puyu. Papar semua catatan

24 Februari 2009

Ikan Puyu

Assalamualaikum dan salam persahabatan buat semua pengunjung blog aku nih.

Haaaaaa..... jeng, jeng, jeng. Tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh pengunjung setia blogku ni. Terlalu lama member aku sorang nih menantikan episod ketiga kisah ikan puyuuuuu, hehehehehe.

Alkisahnya tentang ikan puyu ni aku cedok sedikit info dari petikan internet yang boleh dikatakan berunsur saintifik dan berwarna warni. Di samping itu juga aku cari juga gambar-gambar yang dikatikan dengan ikan puyu ni seperti yang boleh dilihat di bawah nih.....

sambal ikan betok, panggilan tempatan bagi ikan puyu.


Ikan puyu bakar, mmmmmmm....melecur air liur aku nih.....hehehehe



Pekasam yang digoreng....fulamak....mengancam abis...sempat la aku makan masa awal-awal aku buat pekasam for the first time. Pastu aku sendiri frust sebab tak jadi molek. Frust tu terasa sampai sekarang.....mmmmmm...takpe lah aku akan cuba lagi wat pekasam. Ada tak sapa2 nak bantu aku tentang bagaimana nak wat pekasam ikan puyu ni...tolonglah aku, bantu aku ye..aku nak sangat buat pekasam ikan puyu sampai boleh simpan berbulan-bulan...macam orang tua buatla...[orang muda pun boleh buat kot]. Jika ada sesapa nak beri pandangan, sila taip dalam chatbox aku ye... minta tolong sangat ye.


Ni ikan-ikan puyu yang masih segar ditangkap dari kolam atau sangkar la...

Ni la rupa hensem ikan puyu. Alamak aku sebenarnya dah jatuh cintan la kat ikan puyu. Tak tau kenapa. Mungkin sebab aku sendiri dapat merasakan bagaimana 'thrill'nye memegang, menyiang dan membasuh dan membuat pekasam yang tak seberapa......'...aku jatuh cinta kat ikan puyu..'

Di bawah ni aku petik sedikit info tentang ikan puyu...

Jom kita sama-sama baca ye.....

Keistimewaaan Ikan Puyu


Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan 'tangkal' bagi menghalang perbuatan jahat.

Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau

Ikan puyu (Climbing Perch) atau nama saintifiknya Anabias Testudineus, turut dipanggil ikan betok oleh penduduk tempatan. Habitat ikan puyu biasanya di sawah padi, tasik, paya, lubuk dan anak sungai. Ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. Ikan puyu amat enak digoreng, dimasak lemak cili api atau masak sambal.

Aku rasa cukup dulu weh. Sambung jap lagi.....penat taip.




02 Disember 2007

Ikan Puyu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Di kampungku di Lubok Buntar, Serdang Kedah, di situlah terletak rumah ayah dan mak aku. Rumahnya terletak lebih kurang 3 ekar luasnya. Ayahku seorang pesara guru. Beliau kini menghabiskan masa dengan hobinya seperti bercucuk tanam pokok buah-buahan dan sayur-sayuran dan juga menternak ayam kampung, itik , angsa dan juga ikan puyu dalam kolam di belakang rumahnya.




Gambar ini melihatkan aku dan anakku sedang memberi makan ikan puyu di belakang rumah ayahku di kampung. Rasa sungguh 'excited' sekali ketika makanan ikan yang ditabur dengan sekelip mata sahaja disambar anak-anak ikan puyu. Berombak kolam ikan bila kelibat ikan-ikan puyu di muka air kolam ketika makanan sampai. Wah! Melompat anakku bila lihat ikan-ikan tu semua. Best tau!



Menurut ayahku [ dalam gambar di atas , sandar tepi pintu berkopiah putih], jumlah ikan puyu ternakan beliau ialah sekitar 10,000 ekor. Setiap pagi ayahku dan makku akan menghabiskan masanya di belakang rumah dengan tanaman dan ternakan mereka. Seingat aku, selama beliau tinggal di kampung ini yang telahpun menjangkau 7 tahun [sebelum ni, kami menetap di Butterworth, Pulau Pinang] ayahku lah satu-satunya penduduk yang menukarkan tanah sekitar rumahnya menjadi sebuah dusun dan kolam yang mendamaikan.

Apabila aku terjumpa dengan resepi 'pekasam ikan puyu' dalam internet, aku terus ingat pada ayahku di kampung. Beliau kini sedang menunggu anak-anak ikan puyunya membesar untuk dijual. Aku pulak berangan untuk belajar buat pekasam sikit nanti bila balik ke kampung hari raya Haji kelak. Nyami! Ikut keletah anakku bila makan benda sedap ni. Hehehehe....

Di bawah ni aku ingin berkongsi bersama resepi Pekasam Ikan Puyu yang kupetik dari sumber internet juga. Mari kita sama-sama mencuba ye.

Resepi Pekasam Ikan Puyu

Bahan-Bahan:
1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya
1kg ikan puyu (ikan lain pun ok!).

Cara:
1)Ikan disiang serta dibersihkan dan kemudian digaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.

2)Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.

3)Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.

4)Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)

5)Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.

6)Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.

7)Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.

*Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.

Cadangan Hidangan:

Untuk lebih 'kick' goreng sehingga garing dan masukkan bawang (kecil atau besar).Ikan tadi dihidangkan bersama perahan limau nipis. Tambahan: Jikalau puan-puan tidak gemar ikan air tawar ikan laut pun boleh dijadikan pekasam.

'SELAMAT MENCUBA'

[ dipetik dari sumber internet untuk dikongsi bersama]