06 Februari 2008

Adab Murid Terhadap Gurunya



Assalamualaikum dan salam bahagia buat pengunjung blog aku nih.

Pagi ni aku ingin mencoretkan sedikit bingkisan ilmu tentang adab murid terhadap guru.
Bacalah ye...

Adab Murid Terhadap Guru


  1. Mulai memberi salam dan hormat.
  2. Banyakkan berdiam diri.
  3. Meminta izin guru untuk bertanya.
  4. Jangan sekali-kali berhujah dengan guru.
  5. Tunjukkan sikap menerima pendapatnya.
  6. Tidak menyinggung perasaannya.
  7. Duduk bersopan dan tenang di hadapan guru.
  8. Cari masa yang sesuai untuk bertanya.
  9. Sentiasa berbaik sangka dengan guru.
  10. Tidak memandang besar kelemahannya kerana dia juga manusia biasa.
  11. Memberikan segala keutamaan terhadap guru.
  12. Sentiasa merendah diri kepadanya.
Bicara Siti Suraida - sungguh bangga dengan anak-anak murid yang memiliki adab sedemikian rupa. Bak Pepatah orang putih If you plan for one year, plant rice. If you plan for ten years, plant trees. If you plan for 100 years, educate mankind.

05 Februari 2008

Permata Hatiku




Assalamualaikum dan salam manis buat semua.

Tanggal 5hb Februari 2008, genap usia anak-anakku empat tahun. Terasa mereka begitu cepat membesar depan mataku. Keletah manja dan tangisan malam sewaktu mereka kecil masih terngiang-ngiang di telingaku. Sewaktu mereka masih dalam pelukanku, terasa sungguh kehangatan kasih sayang antara aku dan anak-anakku begitu kuat sekali. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Cukuplah sekadar aku menyatakan bahawa mereka adalah nyawaku...

Antara aksi kegemaran mereka yang dapat kuperhatikan:

1. Suka mandi dan main air tak kurang dari 6 kali sehari jika berada di rumah

2. Sewaktu mandi, mereka akan berendam dalam kolah air bersama barang mainan mereka.

3. Pantang berjumpa dengan sabun mandi, habis kolah air bersabun sampai membukit dan kelibat sabun pun tiada akibat kena 'flush' air tandas dengan sekelip mata.

4. Sangat gemar kepada mainan 'dinosaur' dari sekecil-kecil 'dinosaur' hingga sebesar-besar 'dinosaur'.

5. Suka 'flush' air tandas walaupun sedikit sangat membuang air kecil mahupun besar.

6. Pantang berjumpa bedak, habis satu rumah penuh salji bedak. Muka dan rambut mereka pulak macam putih macam tepung gomak.

7. Suka mewarna buku bergambar, bunyi hembusan nafas mereka boleh ke dengari ketika mewarnakan gambar. Kelihatan agak kemas hasil lakaran warnanya.

8. Pandai mengucapkan 'Maaf mak' jika mengaku salah mereka dan 'terima kasih mak ' jika mereka dapat sesuatu yang mereka hajati.

9. Suka peluk cium pipi mak.

10. Melompat-lompat dan buat 'summersault' setiap malam atas katil sebelum tidur.

Bicara Siti Suraida - Aku amat teruja dengan permata hatiku setiap detik dan waktu...


04 Februari 2008

Kelas Matematik Cikgu Siti Suraida: Episod 2



Anak-anak muridku sedang khusyuk menjawab soalan matematik.


Assalamualaikum dan salam manis buat semua pengunjung blog ini.

Di kesempatan ini aku ingin menyatakan rasa gembira dan senang hati bilamana aku melihat kesungguhan anak-anak muridku datang belajar denganku di pejabatku. Antaranya ialah Nurul Huda, Nor Azmira Suhaida, NorHatini, Umi Shahrina, Nurul Dhabitah, Nor Adli, Mohd Najmuddin dan Wan Muhaimin [ murid sekolah lain ].

Aku dapat melihat perkembangan mereka yang agak ketara dari mula kehadiran mereka menadah ilmu hingga kini. Di awal kedatangan mereka, aku dapati asas-asas matematik yang diuji terbukti agak lemah. Cara aku yang tidak menekan dan menerangkan dari asas hingga kepada menjawab soalan berformat SPM, menampakkan kemajuan dalam pemahaman mereka.

Wajah-wajah yang ceria kelihatan apabila setiap soalan yang dikemukakan dapat dijawab dengan baik dan tepat. Alhamdulillah. Aku sentiasa berdo'a agar mereka berjaya memperolehi keputusan yang lebih memberangsangkan dalam peperiksaan mahupun ujian semasa.

'Jangan putus asa dan anggaplah subjek Matematik adalah mudah. Semoga berjaya anak muridku.'

Merubah budaya bercinta dalam Masyarakat

kitty

Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada “dating”, hubungan telefon dan
lain-lain.

Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul.
Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.

Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum
perkahwinan, kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan.

`Cinta Sebelum Perkahwinan`

Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah
bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.

Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.

Antara doa yang patut diamalkan : ” Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan
jadikan cinta terhadap Engkau (YaAllah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk”

Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada
manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.

Oleh itu jika kita sudah “fall in love”, pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.

Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain “cinta pandang pertama” yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.

Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa : ” Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini
betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah”

“if you love someone” mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau
tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri.

Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing.

Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal
kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.

`Cinta Selepas Perkahwinan`

Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu
ternyata berjaya.

Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s. a. w melalui sabdanya : ” Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan”. (mafhum hadis)

Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.

Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain- lain
latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah - sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.

Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi.



Bicara Siti Suraida : Alhamdulillah, sudah terkupas semuanya bahawa nikmat bercinta selepas berkahwin adalah yang terbaik. Syukur...

02 Februari 2008

Wanita Memang Kompleks

Photobucket

Assalamualaikum dan salam manis.

Jom bicara tentang lelaki dan wanita. Beri komen sikit.

Lelaki

  1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
  2. Sampai kedai makan, masuk
  3. Ambik Pinggan
  4. Letak nasi
  5. Letak Lauk
  6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
  7. Makan
  8. Habis
  9. Balik Opis or
  10. G surau


Perempuan

  1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
  2. Perhatikan orang waktu jalan
  3. Sempat mengumpat dulu
  4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
  5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
  6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
  7. Ramai orang,cari kedai lain.
  8. Jalan lagi
  9. Dah puas ati..masuk..
  10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
  11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
  12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
  13. Dah puas ati, ambik nasi
  14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
  15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
  16. Buang balik nasi.banyak. .
  17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
  18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
  19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
  20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
  21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
  22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
  23. Ambil lauk
  24. Pusing lagi
  25. Carik sayur pulak!
  26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
  27. Ke kaunter bayaran
  28. Tgk2 nasi dlm pinggan
  29. Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”
  30. Sampai depan kaunter “berapa?”
  31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
  32. Keluarkan duit
  33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
  34. Tutup dompet. Ambik nasi
  35. Tinjau-tinjau tempat duduk.
  36. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
  37. Cari tempat duduk lain
  38. Jumpa. Duduk..
  39. Alamak. Air tak order lagi
  40. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
  41. Order air
  42. Bangun
  43. Ambik sudu
  44. Duduk
  45. Bangun
  46. Ambik Tisu
  47. Duduk
  48. Air sampai
  49. Belek dompet (Step tadi)
  50. Bayar
  51. Tutup
  52. Minum air
  53. Start makan
  54. Tengok-tengok orang sambil makan
  55. Makan separuh..kenyang
  56. Sebab dah minum air
  57. Letak sudu, letak garpu
  58. Pinggan tolak tepi
  59. Borak2 kater makanan tak sedap
  60. Ngumpat2..tg korang
  61. Pukul 2, naik opis..
  62. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

Bicara Siti Suraida - Hehehe. So, adakah perempuan memang kompleks atau list ni yang saja ditokot tambah? Mari-mari berikan komen anda yang bernas itu.

Lelaki Sejati


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…



Sentuhan Bicara Siti Suraida - aku bertuah memiliki lelaki sejati...

Kisah Rumput dan Orang Yang Disayangi

Kisahnya begini...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Bicara Siti Suraida - Cerita di atas ini begitu berbekas bagiku. Kisah yang tersirat di sebaliknya memberi gambaran bahawa apa yang kita perolehi sama ada kasih sayang dari orang tersayang, haruslah kita syukuri dan kita jaga dengan sepenuh jiwa raga. Jangan cuba bandingkan dengan orang lain, walaupun mungkin ada yang lebih baik dari kita.

Senyum selalu