26 Januari 2008

Aku Rindu Pada Mu

Arwah makku yang tercinta...Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1985, ketika itu aku sedang menuntut di tingkatan dua..Gambar di sebelahnya yang sedang menyusuri perahu di Terengganu satu ketika dahulu ialah ayahku yang kini berusia 65 tahun....masih kuat dan hensem...hehehe
Ini aku.... ketika berusia setahun lebih gitu... 'Birthdate' aku 12hb. Januari 1971.

Assalamualaikum dan salam manis buat pengunjung blog aku yang aku hormati...

Aku sebenarnya agak sibuk dengan tugasan aku di sekolah sebagai pendidik. Sejak kebelakangan ini masa tidak mengizinkan aku ber'dating' dengan blog aku ni. Walau bagaimanapun aku tetap akan berkarya bagi memenuhi kepuasan hatiku sendiri dan beberapa insan yang sering berkunjung blog aku ni.

Paparan dua keping gambar lama di atas cukup memberi kesan nostalgia pada ku. Arwah makku bersama ayahku yang sangat aku cintai sentiasa berada di puncak kasihku sepanjang hidupku... Jasa mereka tak terhitung dan tak akan dapat dibalas walaupun jutaan ringgit ditaburkan di depan mereka. Aku masih dapat merasa sentuhan kasih mereka mengalir hingga kini biarpun dengan cara yang tersendiri.

Aku sempat merasa kasih mak kandungku selama 14 tahun sahaja di dunia ini. Sentuhan kasih mak masih kuat dalam jiwaku... aku masih terasa nikmat suapan nasi bersama gulai ikan dari tangan mak aku sewaktu aku masih kecil. Nikmat suapan nasi dari jejari manis mak aku yang masuk ke mulut aku sewaktu aku masih kecil, sukar digambarkan dengan kata-kata. Teramat sedap di dunia walaupun hanya gulai biasa dan ikan goreng. Tiada lagi nikmat sedemikian enak selepas makku pergi meninggalkan ku selepas tu...

Nasihat dan tunjuk ajar mak, asuhan dan didikan mak, masakan mak, senyuman mak, peluh yang menitis di dahi mak, kesedapan masakan mak, sentuhan tangan mak, ciuman kasih di pipiku setiap kali mak menghantar aku ke sekolah sangat berbekas dalam ingatanku sampai ke akhir hayatku...

Moga mak sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah s.w.t dan diampuniNya. Aku rindu pada mak...rindu sangat!!!



13 Januari 2008

Di Sebalik Memotong Kuku


Assalamualaikum dan salam bahagia buat semua

Bila kelihatan panjang dan kurang selesa, pasti ianya akan dipotong. Bila ianya pendek, rasa 'confident' nak buat kerja. Tampak kemas dan bersih penampilan. Kelibatannya kadang-kadang tak dipedulikan. Tetapi ianya menggambarkan imej seseorang.

Cuba bayangkan seorang penebar roti canai dengan kuku yang hitam, panjang dan kelihatan kotor sedang menebarkan roti canai ke udara dengan penuh kesungguhan. Kemudian selepas dah siap roti itu dibakar, dihenyak-henyak roti dengan tangannya yang berpeluh-peluh tu. Pas tu dihidangkan atas meja kita... Tanpa banyak bicara, perut dah lapar, kita pun 'ngap'... mmmmm..sedapnya....
Apa kata lepas baca ni, kita sama-sama tengok, teliti sikit pasal kuku... Aku selitkan sedikit maklumat yang aku dapat...


RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:

Barang siapa yang memotong kukunya pada ;
  • Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
  • Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
  • Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
  • Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
  • Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
  • Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
  • Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Lagi satu, mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai jari kelingking tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya. Wallahu'alam.

Bicara Siti Suraida ... so, berhati-hatilah kita bila bercakap pasal kuku.

09 Januari 2008

Salam Maal Hijrah dan "Happy Birthday To Me"

From Cape Town with Love...


Adik sayang abang...



Assalamualaikum dan salam manis khas buat semua pengunjung blog ini.

Di kesempatan ini, aku mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua. Bila kenangkan masa menginjak lagi, aku terkedu sebentar kerana selangkah lagi aku berjalan ke hadapan. Aku pernah mendengar dari seorang motivator, beliau pernah beri cadangan supaya kita memiliki seutas pita ukur [ selalunya digunakan untuk menjahit baju ], kerana kita boleh melihat angka dan setakat mana ukuran pita tersebut yang angkanya bertambah dan bertambah seterusnya hinggalah sampai ke hujung pita ukur tersebut yang boleh digambarkan sebagai penghujung usia kita. Dapat lihat dengan jelas berapa lagi baki umur kita dari pita ukur tersebut. Bernas juga tamsilan yang dibuatnya ye... Terkedu lagi aku.

Hari ini, tanggal 12 januari 2008, genaplah umurku 37 tahun yang mana usia sebegini memungkinkan aku koreksi diri ini dengan lebih kerap lagi. Di kesempatan ini, aku ingin mencari sahabat-sahabat yang sebaya atau hampir umur denganku yang kiranya dapat berkongsi pengalaman, berborak dan 'cairkan' ilmu masing-masing dalam blog ini. Kepada member-member dan adikku yang mengingati 'birthday' ku ini, aku ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga, Aku terharu gak.....

Akhir kalam, sampai di sini dulu bicaraku, ketemu lagi dalam post yang lain...tata

08 Januari 2008

Kenangan Indah Bersama

Assalamulaikum dan salam manis semua yang sudi menatap blog ini.

Aku ingin berbicara tentang masa indah bersama sanak saudaraku sewaktu aku bercuti sempena Hari Raya Haji 2007 baru-baru ini. Aku rasa sungguh 'happy' bila dapat berkumpul bersama adik-beradikku waktu itu. Kami ni, kalau nak balik kampung rumah ayahku di Kedah, memanglah excited sangat. Adik-adikku akan berulang-kali sms atau menelefon aku di Kuantan menanyakan bila aku nak balik sana. Janji nak sampai jam berapa rumah ayah dan nak buat program apa dan macam-macam lagi.

Kali ini cuti aku berbaloi kerana dapat bersama dengan abang dan kakak iparku yang menetap di Kuala lumpur yang bercuti di rumah ayahku di Kedah ni. Kami buat 'barbeku' udang, ikan dan sotong malam hari raya ke tiga. Memang best wooo. Yang 'best'nya ialah dapat berkumpul dengan keluarga, rasa satu kepuasan dan gembira yang sukar digambarkan. Kami juga pergi 'shopping' bersama di Butterworth selepas balik dari makan kenduri rumah sepupu kami.

Masa bersama keluarga adalah masa yang aku terindah buatku....




Aku bersama adikku Mohd Murshid yang sebenarnya sangat istimewa perjalanan hidupnya. Akan ku ceritakan kisahnya nanti jika diizinkannya.

Aku dan anakku [berbaju hitam] bergambar bersama dengan adikku [dapat 8A PMR 2007, bertudung hitam, Siti Nuranisah namanya], adikku yang bongsu yang bertudung cokelat [ tahun 2008 , UPSR] dan kakak iparku, Fatimah Sham yang bertudung 'pink'. Kami berada di masjid jamek Seberang Jaya, Butterworth.
Gambar anakku, Luqman Nurhadi [ baju merah] bersama sepupunya iaitu Ahmad As Siddiq dan Ahmad Hazeq
Gambar ini sewaktu kami makan kenduri rumah sepupu di Bagan [adikku tudung biru, Azizah dan suaminya, Zamri]
Aku melayan anakku bermain 'dinosaur' kegemarannya.
Kami menjamu selera di anjung rumah ayahku. Waktu ni terasa best sangat. Aku takan lupakan saat-saaat manis bersama adik-beradikku, mak dan ayah [ dok atas kerusi belakang]
Aku sedang menyiapkan rencah barbeku udang, sotong dan ikan kerapu untuk malam barbeku kami nanti. Aku kalau ada di kampung ,ayah dan mak memang happy sebab aku selalu ' turun dapur' untuk siapkan apa-apa yang patut untuk hidangan familiku.
Saat aku sedang bertungkus lumus menyauk ikan puyu. hehehehe.... satupun tak dapat. Ikan-ikan tu cerdik belaka. Anak-anakku terlompat-lompat melihat ikan puyu dok menguak dalam kolam.
Ha.. ni pulak cik abang kita sedang mencari cacing bersama anak sedaraku untuk dijadikan umpan ikan puyu. Ikan puyu tak gemar rupanya...hehehehe

06 Januari 2008

Ikan Puyu : Episod ke 2

Assalamualaikum dan salam manis

Kali ini aku ingin menyambung kisah ikan puyu yang pernah aku post dalam blog ini satu waktu dulu.

Semasa aku balik kampung ayahku sewaktu Hari Raya Haji 2007 iaitu 20 Disember, aku telah merancang untuk merakamkan suasana persekitaran rumah ayahku di kampung termasuklah kolam ikan puyu ayahku yang berada di belakang rumah ayahku yang jaraknya lebih kurang 20 kaki melangkah.

Sebenarnya aku cukup 'tabik' dengan ayahku yang telahpun mencecah 65 tahun masih mampu untuk memanjat bukit di hujung untuk mendapatkan sumber air bukit untuk disambung melalui paip-paip getah untuk dijadikan sumber air rumah ayah. Memang 'free' air kat rumah ayah sebab dapat bekalan sumber semulajadi. Pagi-pagi kalau mandi air di 'pancur' ....emmm memang best sangat, sejuk dan nyaman sekali! Suasana begini tiada kat Kuantan.

Bila sebut pasal ikan puyu pula, aku dan abangku termasuk anak-anakku cuba untuk memancing ikan-ikan puyu dalam kolam yang terdapat dalam gambar di atas tu, tapi... rupa-rupanya payah juga, asyik tak mengena je. Kalau dapat pun, cuma saiznya kecil sangat, terpaksa dilepaskan semula ke dalam kolam tu. Ayahku memberitahu bahawa mungkin bulan Februari saiz ikan-ikan puyu tu agak besar dan boleh dijadikan lauk. mmm, kecur mulutku bila sebut macam tu. Bukan apa, jiran-jiran kampung ayahku begitu gemar 'mengendeng' ikan puyu ayahku ini untuk dibuat gulai darat ikan puyu. Kata mereka 'memang sedap'!


Disebabkan saiz ikan-ikan puyu itu masih kecil, aku tak jadi nak buat projek 'pekasam ikan puyu' yang pernah aku suarakan dalam blog aku ini dulu. Aku harus bersabar sedikit masa lagi untuk melaksanakannya...

Tungguuuuuuu.......
Ayahku dan adik iparku sedang menyalurkan air bukit ke dalam bekas untuk disalurkan ke rumah ayahku di bawah bukit.
Aku dan anakku sedang memberi makan ikan-ikan puyu dalam kolam ayah di belakang rumah.


Air bukit di belakang rumah ayahku. Kelihatan paip getah yang disambung ke rumah ayahku.

Air terjun kecil di belakang rumah ayahku. Best!
Tanaman 'dragon fruit' di sebelah rumah ayah yang diusahakan oleh orang kampung.

Aliran air bukit yang kelihatan paip getah yang dibuat oleh ayahku.
Kelihatan pokok-pokok limau yang ditanam ayahku di belakang rumahnya.
Kolam ikan puyu ayahku. Memang 'mengancam abis'! Seronok sangat bila beri makan ikan-ikan puyu dalam kolam ini.


05 Januari 2008

Tahun Memanjat Lagi


Assalamualaikum dan salam manis buat pembaca semua.

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan ini berjumpa tahun 2008. Belum pun sempat menikmati udara 2007 dengan puas, tiba kunjungan 2008. Entah bagaimana pula rencah kehidupan yang bakal kita hadapi dalam udara 2008 ini. Hanya Allah s.w.t je yang tahu. Mungkin putih, merah, ungu mahupun kelabu, tak siapa yang tahu unjuran masa depan. Tetapi yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa agar perjalanan hidup yang bakal ditempuhi di masa depan ini , bakal diwarnai dengan warna-warna ceria dan menyedapkan mata.

Tahun 2008 , andainya diizinkan Allah, aku berusaha menjadi insan yang matang sematang usiaku yang bakal menjengah ke angka 37 tahun pada 12 Januari 2008.

Ok, akhir kalam, selamat menyambut tahun baru 2008, moga kita semua dirahmati dan dikasihani Allah. s.w.t jua