11 Mei 2011

Selawat Tafrijiyah


Assalamualaikum dan salam manis

Terlalu lama aku menyepi diri dari mencoret apa-apa yang terlintas di fikiran dan juga menyapa teman-teman di blog aku ni. Tidak dinafikan aku sememangnya hilang keinginan yang membukit untuk berkarya di blog aku ni ekoran tiada punya waktu dan kesibukan diri yang tidak berpenghujung. Tetapi hari ini, aku bertegas dan bertekad [entah menjadi ke tidak, aku tak janji, hehehehe] untuk menyambung nukilanku yang sedikit sebanyak mungkin menceritakan fenomena angin semangatku ataupun perkara-perkara yang berfaedah kepada sejagat.

Sebagai permulaan ni, aku ingin berkongsi kebaikan dan keistimewaan selawat tafjiriyah yang ku kutip dari sumber blog teman lain.
FAKTA TENTANG SELAWAT TAFRIJIYAH/NARIAH/TAFRIYYAH:

"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.


1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.


01 Disember 2010

Hai Semua

Assalamualaikum

Aku harap semua yang sudi mengunjungi blog aku ini ok je. Hai, aku akan lakukan sesuatu pada tahun hadapan. Tunggguuuuuuuu....

12 Julai 2010

Eedahakim

'Cool

Assalamualaikum dan salam manis buat semua pengunjung blog ini.

Nampak tak nama tertera di atas? Eedahakim. Aku cuma nak huraikan makna Eedahakim ini. Dalam nama ringkas ini terkandung 4 nama yang merangkumi namaku dan suami serta anak-anakku. Nama ku siti suraida [eeda], suamiku bernama Hanapi [ha], nama anakku Luqman Nur Hakim [kim] dan seterusnya Luqman Nur Hadi [Eeda - terbalikkan jadi adee].

Sekian dulu, jumpa di lain masa


06 Julai 2010

Pergilah Air Mata



Assalamualaikum dan salam manis buat semua...
Di kesempatan ini aku ingin berkongsi sesuatu yang menarik, baru-baru ni aku baru je habiskan sebuah novel yang bertajuk 'Pergilah Air mata' nukilan dari Hanni Ramsul.

Novel ini merupakan novel kedua beliau selepas kelahiran novel sulung beliau yang berjudul 'Biarlah YM Berbicara'. Boleh dikatakan novel-novel Hanni Ramsul ni tebal-tebal belaka. Tetapi apabila mula membacanya, susah nak lepas. Jalan ceritanya memang menarik dan 'hidup'. Aku suka dengan jalan ceritanya yang tidak menjemukan. Niche ceritanya tidak lain tidak bukan adalah berkenaan dengan cinta. Yang istimewanya, novel 'Pergilah Air Mata' menceritakan tentang perjalanan pahit manis hidup seorang perempuan yang bernama Sabrina yang diibaratkan 'Suci dalam Debu' yang mana beliau terpaksa menerima segala bentuk penghinaan mahupun sindiran-sindiran yang tidak berpenghujung hinggalah beliau beralih arah cinta kepada suaminya sendiri. Untuk mengetahui ending cerita ini , selamat membaca novel yang setebal 858 muka surat.

Aku suka la novel-novel Hanni Ramsul

05 Julai 2010

Selamat Pagi



Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua.

Aku sekarang berada di bilik guru, sedang berehat di bilik guru selepas dari acara sukan di padang, aku saje je nak ambil peluang menjenguk blog aku, nanti kabo aku tak care lak, hehehehe

itu je lah buat setakat ni

30 Jun 2010

Kurma oh kurma



Assalamualaikum dan salam manis

Malam ni aku baru kebah dari demam. badan rasa berpeluh, syukurlah...
Malam ni juga aku rasa ringan sikit badan. Aku nak berkongsi sesuatu dgn sesapa yang sudi lah di sini. Rahsia buah kurma...

Jeng-jeng-jeng, suspen lak nak bagitau. semalam aku rasa tak selesa dalam perutku, mungkin kurang minum air kot, masyaalah rasa sungguh tak selesa, macam ada cengkerik atau rama-rama dok bergerak dalam perutku ni, aku pun taktau nak cerita bagaimana sebenarnya keadaaan dalam perut ku, hanya ALLAh je tahu, mungkin disebabkan puasa di siang hari menyebabkan air kurang dlm badan, aku ingatkan batu karang dah, kepala ni dok ingat nak masuk wad dah kalu terdesak sakit sangat, tapi hubby aku masih outstation lagi, jadi aku tahan je sakit tu,

Nak ditakdirkan , Allah memberi aku ilham untuk berbuka puasa dengan kurma 3 biji dan sahur pun 3 biji, aku rasa begitu bertenaga dan hilang rasa pelik dalam perutku. Masyaallah betulllah saranan nabi Muhammad bahawa kurma tu ada khasiat yang tak terucap oleh kata-kata.

justeru itu, aku sarankan, makanlah kurma sebagai amalan yang sihat.

Selamat mencuba

27 Jun 2010

Kembali Semula

Assalamualaikum dan salam manis buat semua

Pekabar semua rakan, teman , kakak dan adik2 yang pernah buka blog aku dan mengikuti perkembangan blog aku dulu hingga kini? Tak boleh nak tepis kiri kanan lagi sekarang sebab dah berkali-kali ditanya kenapa tak 'update' blog aku ni. Jawapannya adalah aku kehilangan mood dan semangat untuk menaip atau bercerita tentang apa sahaja yang terlintas di fikiran. Entah ke mana menghilang semangatku , aku kurang pasti, yang aku pasti, nak ketuk 'keypad' laptop aku ni pun, rasa macam nak tumbang, hehehehe. Nasib badan la blog, tolonglah kawan-kawan dan sasape saje berilah suntikan semangat skit tuk aku berkarya , sikit pun jadilah ye.!

Gedebuk gedebak dah masuk bulan 6 tahun 2010 ni, masa tu rasa terlalu cepat dan aku tewas dalam berperang dengan masa. Anak-anak muridku nak menduduki SPM tak lama lagi. Dari tinjauan aku, pelajar-pelajarku masih belum serius dalam membuat persediaan peperiksaan SPM kelak. Masih banyak kemahiran yang perlu dibuat atau diasah untuk menguasai teknik menjawab soalan dalam sebarang peperiksaan yang dilalui kelak. Apa-apapun aku berazam untuk membantu mereka agar dapat menjawab dengan memperolehi semaksima markah yang boleh.
Di bawah ini aku petik artikel seorang ahli motivasi saudara Osman Affan yang boleh digunakan oleh anak-anak muridku:

Semasa anda belajar, ada beberapa tabiat buruk yang perlu anda elakkan. Mari kita kongsi bersama satu daripada tabiat buruk ini.

Tabiat buruk yang perlu kita elakkan ialah menyebut perkataan ‘ susah’, ‘pening’ dan ‘tak boleh’. Berdasarkan pengelaman saya, ini adalah perkataan yang sangat digemari oleh pelajar. Baru sahaja cikgu perkenalkan topik baru, mereka dah kata “susah la topik ni cikgu”. Baru sahaja cikgu terangkan tentang topik baru itu, mereka dah kata ” pening la kepala saya cikgu”. Baru sahaja cikgu suruh buat latihan, mereka dah kata “tak boleh buat la cikgu”.

Ini adalah satu tabiat yang sangat buruk. Kita perlu sedar satu perkara. Ada satu bahagian di dalam otak kita yang bergerak balas terhadap arahan kita. Ia akan memastikan reaksi tubuh badan kita selari dengan apa yang kita arahkan. Contohnya, bila anda katasusah, bahagian otak ini akan bergerak balas dengan membuat tubuh badan anda kelihatan seperti orang susah. Anda akan duduk macam orang susah dan muka anda juga kelihatan susah. Akibatnya, anda benar-benar merasa susah dan tidak mungkin dapat mempelajari topik baru itu.

Jadi, buat permulaan, hindari daripada menyebut perkataan negatif di atas. Walaupun anda merasa susah semasa mempelajari sesuatu topik baru, bersabar dan teruskan usaha. Tarik nafas dalam-dalam dan wujudkan keyakinan dalam diri bahawa anda boleh memahami topik baru itu.


Selamat mencuba ye..


Akhir kalam, sehingga ketemu ye di lain masa