24 Februari 2009

Kolam ikan puyu dan ladang limau

Assalamualaikum dan selamat bercuti buat semua pendidik dan pelajar.

Di kesempatan yang ada ini, izinkan aku 'lepaskan' ceritaku yang dah lama disimpan dalam 'draft' blog aku nih. Sebelum ni, aku demam selsema. Tak daye la aku nak mengadap laptop nih. Sekarang ni, kira dah orait la skit. Kepada semua bekas muridku yang baru panas-panas lagi memperolehi keputusan SPM baru-baru ni, aku ingin mengucapkan selamat maju jaya dan moga kalian bijak membuat percaturan hidup mulai dari sekarang.

Di bawah ini, terdapat sedikit gambar-gambar yang aku tangkap sewaktu aku berada di kampung sewaktu aku menghabiskan cuti selama 4 hari sempena Cuti Tahun baru Cina baru-baru nih. Silalah menjamu mata ye. heheheheh

Inilah ikan-ikan puyu yang aku telah siang, bersihkan dan lumurkan dengan garam. eeeeee aku geram sungguh tengok ikan-ikan puyu ni, nampak je pun dah terliur la, hehehehehe


Ikan-ikan puyu yang baru je dijala. Dok melompat-lompat dalam tong plastik. alahai, memang best sangat masa nih.....


Inilah abanglong aku, Ahmad Jamsuri. Dialah mastermind kami. Aku suka sangat bila abang aku bersama-sama habiskan masa cuti bersama aku dan famili. Dia banyak idea, nak wat itu, ini. Aku ikut je, hehehehehe


Gambar di atas ni pulak ialah adik ipar aku, Zamzuri. Dia juga memang best kalau berkumpul sama. Peramah dan baik hati orangnya. Ringan tulang , rajin bantu apa-apa aje. semua ok!


Jeng..jeng, jejaka di atas ni pulak, tak lain tak bukan, jejaka hensem seMalaya, cik abang aku lah, hehehehehe. Boleh tahan gak abang aku ni tangkap ikan puyu. hehehehhe cayalah cayang


Wah...wah, begitu asyik jejaka-jejaka hensem di atas memfokuskan perhatian kat jala dengan harapan ikan puyu tu masuk jaring....hehehheeh best sangat masa ni..



Ok...ok, hati2 ye banggg.....nanti ikan-ikan tu melompat keluar lak. Seriusnyeee muka...hehehehe


Di atas ni lak, adalah adegan ayahku dengan cucu kembarnya,, hehehee... anak-anakku dok kecek buah limau tok ayahnya... memang classssssss limau ayah





Gambar-gambar di atas semuanya adalah tanaman limau madu ayahku. Memang geram sungguh tengok pokok limau ayahku nih. Rasa macam dok kat oversea. Susah nak gambarkan dalam perkataan bagaimana 'happening' sangat bila aku balik kampung kali ni. Dengan ikan puyu dan limau madu yang ayahku usahakan.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan nak ucapkan tahniah kepada ayahku kerana begitu rajin mengusahakan ladang limau dan kkolam ikan puyu di kampung di Lubok Buntar, Kedah. Sesapa yang teringin nak beli ikan puyu ke limau ayahku ke, boleh lah tepon aku, hehehehehe...

ok , aku cau dulu ye, lain kali jumpa ye.

Ikan Puyu

Assalamualaikum dan salam persahabatan buat semua pengunjung blog aku nih.

Haaaaaa..... jeng, jeng, jeng. Tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh pengunjung setia blogku ni. Terlalu lama member aku sorang nih menantikan episod ketiga kisah ikan puyuuuuu, hehehehehe.

Alkisahnya tentang ikan puyu ni aku cedok sedikit info dari petikan internet yang boleh dikatakan berunsur saintifik dan berwarna warni. Di samping itu juga aku cari juga gambar-gambar yang dikatikan dengan ikan puyu ni seperti yang boleh dilihat di bawah nih.....

sambal ikan betok, panggilan tempatan bagi ikan puyu.


Ikan puyu bakar, mmmmmmm....melecur air liur aku nih.....hehehehe



Pekasam yang digoreng....fulamak....mengancam abis...sempat la aku makan masa awal-awal aku buat pekasam for the first time. Pastu aku sendiri frust sebab tak jadi molek. Frust tu terasa sampai sekarang.....mmmmmm...takpe lah aku akan cuba lagi wat pekasam. Ada tak sapa2 nak bantu aku tentang bagaimana nak wat pekasam ikan puyu ni...tolonglah aku, bantu aku ye..aku nak sangat buat pekasam ikan puyu sampai boleh simpan berbulan-bulan...macam orang tua buatla...[orang muda pun boleh buat kot]. Jika ada sesapa nak beri pandangan, sila taip dalam chatbox aku ye... minta tolong sangat ye.


Ni ikan-ikan puyu yang masih segar ditangkap dari kolam atau sangkar la...

Ni la rupa hensem ikan puyu. Alamak aku sebenarnya dah jatuh cintan la kat ikan puyu. Tak tau kenapa. Mungkin sebab aku sendiri dapat merasakan bagaimana 'thrill'nye memegang, menyiang dan membasuh dan membuat pekasam yang tak seberapa......'...aku jatuh cinta kat ikan puyu..'

Di bawah ni aku petik sedikit info tentang ikan puyu...

Jom kita sama-sama baca ye.....

Keistimewaaan Ikan Puyu


Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan 'tangkal' bagi menghalang perbuatan jahat.

Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau

Ikan puyu (Climbing Perch) atau nama saintifiknya Anabias Testudineus, turut dipanggil ikan betok oleh penduduk tempatan. Habitat ikan puyu biasanya di sawah padi, tasik, paya, lubuk dan anak sungai. Ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. Ikan puyu amat enak digoreng, dimasak lemak cili api atau masak sambal.

Aku rasa cukup dulu weh. Sambung jap lagi.....penat taip.




Salam Manis Buat Yang Menanti






Assalamualaikum semua

Selamat petang. Hari ini aku terpanggil untuk 'jot down' skit diari aku ni. Agak lama aku tak bermain dengan kata-kata di dada blog aku nih. Aku tau pasti ramai yang tertunggu-tunggu page baru dalam blog aku ni. Bukan apa, aku masih lagi terkepung dengan tugasan harian aku. Walau bagaimanapun, petang ni aku 'turun padang' jap untuk melempiaskan rindu di dada ini untuk berkata-kata dlm blog aku ni

Tak ku sangka, blog aku ni ramai gak pengunjungnya. Ada seorang pengunjung blog aku menulis emel kat aku , katanya dia terpikat dengan cerita ikan puyu ayah aku tu. Lalu dia berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ikan puyu ayah tu dan bertanyakan no telefon ayahku. Hehehehe, berfaedah jugak ye blog aku ni. Satu lagi kejutan yang aku terima dari blog aku ini ialah pencarian seseorang selama bertahun-tahun mencari aku berakhir dengan terbacanya blog aku ni. Hari ni, aku boleh katakan terkejut sangat bila dapat tahu rupa-rupanya 'dia' mencariku selama ini. Apa yang dapat aku katakan pada beliau, selamat bertemu kembali. Semoga perhubungan berkekalan hingga akhirnya.

Oklah, aku nak cau dulu lah. nak solat asar.

"Hidup ini indah seandainya kita mengindahkannya sendiri dengan cara kita tersendiri"

30 Januari 2009

Sesekali merenung kehidupan ini

Jom kita renungi cite di bawah ni...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya :

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetapi kita tidak
akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga
hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang
sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan
manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya
(ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat
dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi)
tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu
seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang yang lalai. "
(Surah Al-A'raaf, Ayat 179)

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung,
dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya
berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti
hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.[b]


Sentuhan Bicaraku: sama-sama lah kita muhasabah diri kita yang sering lalai ini

10 Januari 2009

Kembali Semula

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blogku ini...

Setelah terlalu lama tidak menyentuh 'diariku' ini, aku begitu kekok sedikit untuk kembali berkarya. Aku mohon maaf kepada pengunjung blogku ini sebab tidak berbalas dalam ruangan chatbox. Bukan disengajakan, ada sebab-sebab tertentu yang begitu menuntut kepada tumpuan di luar blog ini. Kini telah seminggu sesi persekolahan bermula. Mulai hari pertama lagi, aku tidak ada peluang langsung duduk atas kerusi empuk di bilik guru. Alahai, memang la sibuk betul. Tak relax langsung hingga loceng sekolah berbunyi.

Aku ucapkan selamat bertugas semula kepada rakan-rakan sejawatku di SMK Sungai Soi dan juga kepada member-memberku yang mengenaliku di sini. Buat murid-muridku, selamat menuntut ilmu dan moga bersabar dalam kehidupan seharian.

Selamat Kembali Eedahakim.

18 November 2008

Selamat Bercuti


Assalamualaikum dan salam manis buat pengunjung blog aku ni...

Selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar.Tak lupa kepada semua murid aku yang sedang menduduki SPM tahun ini, 2008 , aku ucapkan "Selamat menjawab SPM dengan tenang dan sabar, mudah-mudahan kalian akan beroleh kejayaan di masa depan nanti". Pekabar semua? Alahai, sudah terlalu lama aku tak ber'dating' dengan blog aku ni. Sebebnarnya aku terikat dengan begitu banyak kekangan. Aku ni baru je balik berkursus selama 8 hari di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan. Mak oiii, sejuk betul hotel taraf 5 bintang tu ek.... Kalau tak kerana kursus PTK DG44 tu, harus rasanya aku tak terlepas ke Kelantan. Aku pergi ke sana dengan menaiki bas ekspress, Transnasional. Punya la lama dok dalam bas.... nasib baik aku ada member nak borak sebelah aku. Aku dengan 2 member satu sekolah bertolak dari Kuantan jam 9.30 pagi, sampai hotel tu lebih kurang dalam kul 5 petang. Sampai aje, kami terus mendaftar dan hantar tugasan individu kami di meja urusetia di lobi hotel.

Malam tu gak, kami ada taklimat di bilik kuliah [Merbok]. Malam tu aku tak pakai blazer, adussssss sejuk sampai ke tulang weh...hehhee. Dalam kul 11 malam, baru lah selesai semua taklimat awal. Aku dok di bilik 1111, bersama member aku, nama manisnya ialah Zalmina Zainuddin. Bilik hotel 5 bintang la katakan, mak oiii, punya la canggih. Tapi yang aku tak tahan ialah kesejukan melampau berada dalam bilik tu. Kalau nak mandi, puas 'bercinta'...hehehhee Bantal 4 butir, sedapnyeeeeeeeee pelukkkk, hehehehe. Malam tu aku tidur dengan nyenyaknya, mungkin penat sangat berada dalam bas. Dok dalam bas pun, penat, pelik kan..kan, hehhe.

Kami di berikan tugasan berkumpulan dan 'public speaking'. Siang malam, penuh dengan aktiviti ceramah dan perbincangan untuk persediaan pembentangan. Apa yang aku perhatikan , memang kursus ini menguji ketahanan mental. Persediaan dari semua aspek dibuat penilaian. Hampir setiap masa kami memakai blazer. Pertama, untuk menahan kesejukan dan kedua untuk penampilan yang sentiasa dinilai oleh urusetia dan penyelaras program tersebut. Syukur lah aku tak demam. Tapi member aku, Norasnida, demam kuat gak, sian kat dia. Tapi bila dah gi klinik, lega la sikit. Aku kesian tengok member aku sorang ni, demam panas sewaktu berada jauh dari famili tercinta...tapi apa-apa pun, kecekalan hatinya begitu menakjubkan. Akhirnya, dia ok la sikit, boleh terus menjalani kursus hingga akhirnya.

Sepanjang kursus ni, aku telah bekerja dalam kumpulan, jumpa member kat usm dulu, jumpa gak senior di usm dulu. Tak lupa jumpa dengan rakan-rakan sejawat aku di sekolah-sekolah lain. Hepi gak, yang paling tak hepinya aku tak tahan rindu kat hero-hero aku di rumah... Makan pun tak selera, makanan kat hotel ni canggih sangat kot, aku sampai tak lalu nak telan, asyik-asyik aku sarapan dengan roti sapu denga planta dan jem je, tiap pagi aku telan benda tu je. makanan yang lain, aku sentuh cikit-cikit je. Alahai tekak orang kampung macam aku ni, tak boleh nak gi lah dengan masakan hotel ni yang tah apa2....sori la aku cakap gini, jangan mare orang kelate ye....hehehehe...kalau mare nanti cepat tua dong.

Sesekali berkarya kat blog aku ni, best gak aku rasa. Ohya, balik aje ke Kuantan, cik abang lak akan gi trip ke Madrid, Sepanyol bermula dengan penerbangan petang ni di KLIA. Abang akan berada di Madrid, Sepanyol selama lebih kurang 9 hari. Alahai... alangkah bestnye jika dapat bersama insan tercinta, tapi aku tak boleh berpisah dengan anak-anak aku, lagipun masih ada banyak urusan aku di sini...kerja sekolah tak penahnya surut weh....aku kena wat jadual waktu lak, alahai nampaknya tetap dan berpencen kot. Dah tade sape yang nak amik tugas aku nih. Dah la aku Guru Kanan Sains Matematik, kerja bercabang-cabang weh. sabar je la kan kan. Tu lah antara sebab aku berkarya dalam blog aku ni. Rasa lega skit fikiran yang berat-berat tentang kerja2 sekolah tu...

Alahai, sakit jari jemari aku ni dok tekan keyboard, hehehehe.. saje mungkin jari aku ni manje sikit kot. Oklah. kalau ada cite baru , aku masuk sini lagi... apa2 pun, mekasih la kepada pengunjung blog aku ni...adios, wasssalam.

14 September 2008

Rahsia Melalui Tulisan Dr Hj. Fadzilah Kamsah

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…