06 April 2008

Aku Pun Heran






Assalamualaikum

Malam ni tergerak hati ni untuk tambah isi perut blog aku ni. BIar 'dia' taklah dingin je. Mungkin blogger-blogger lain begitu aktif menulis dalam blog mereka, tapi aku ni entahlah...boleh kata setiap hari pasti aku menjenguk 'rumah' aku ni, bila time nak taip tu, idea sokmo kering daaa...

Sebenarnya aku buka pc ni setiap malam dengan tujuan nak wat kerja sekolah yang tak kunjung sudah, tapi sering kali bila je aku duduk atas kerusi mengadap pc ni, aku sokmo tekan streamyx dan surf internet, cari info-info yang gempak2 dan 'bookmark' dulu, simpan dululah konon... entah bila aku nak cite info yang dapat pun aku tak tau bila...

Asyik sungguh bila kita layari internet ni, tak sedar masa berlalu begitu pantas. Ini pun, aku nak wat kerja sekolah ni, tup-tup tangan ni gatal lak, tertekan streamyx dan terus sign in blog aku nih. Apa lagi... akupun taip je lah apa yang terlintas.

Hari minggu, selalunya aku dan famili akan ke Taman Gelora, Kuantan. Jogging dan rekreasi lah konon. Hari ni aku ke sana lepas asar. Kebetulan masa tu ada pasar malam. Apa lagi, aku pun lepas je penat jog, apa lagi rezeki depan mata, pelbagai juadah... aku beli taufu fah [RM1.50, dulu RM1 je}, steamboat [RM6.00, 3 cucuk RM1], jagung dua batang [ Sebatang RM1.80, naik lagi harga], rojak RM2, mempelan RM8 dan kuih RM3. Dalam poket cik abang kasik RM30, tup-tup bila dah abis joli, tinggal beberapa ringgit je dalam poket. terpikir gak, kalau lah orang miskin dengan duit RM1 pada zaman la ni, nak beli rojak buah pun tak lepas weh.. ishh.. aku kena insaf gak supaya taklah terlalu boros.

Kesimpulannya, segala-galanya adalah duit, tapi duit bukan segala-galanya. Tak gitu geng?..hehehhehe

1 ulasan:

Ungku Nor berkata...

aisey..
ni suma yg rasa serba-salah nak joli katak nih..hehehe