09 Mei 2008

Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum dan salam manis buat semua yang sudi berkunjung ke blog aku nih


Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Happy Mother's Day' atau 'Selamat Hari Ibu' kepada makku di Kedah. Moga mak sentiasa berada di bawah Lindungan ALLAH s.w.t dan bahagia bersama suami dan anak-anak di sana. Di sebalik keriangan ini, aku tak lupa juga untuk menghantar bingkisan ucapan ini khas buat mak kandungku di persana 'sana'. Moga mak beroleh ketenteraman dan dirahmati ALLAH s.w.t. Do'a anakmu ini agar mak dapat berehat dengan aman di 'sana'. Aku rindu mak, aku sayang mak.


Ohya.. semasa menulis blog aku nih, aku sedang berkursus asas komputer microsoft office power pint di Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan. Alahai, pagi-pagi dah sampai sini lebih kurang pukul 9 pagi. kami bertolak dalam jam 8 pagi tadi dengan menaiki bas kolej komuniti. Hehehehe.. dah terlalu lama tak naik bas, bila naik bas ramai-ramai dengan member ni , best rasanya....


Oklah, aku 'stop' dulu lah ye... Jumpa lagi.. Selamat Hari Ibu

Tiada ulasan: