18 Mac 2009

Ayahku

Assalamualaikum dan salam manis dariku

Pagi ini aku ingin bersyahdu syahdan jap dengan insan yang sangat kucintai di dunia, tiada duanya...dialah ayahku, Haji Jamaludin bin Abdullah yang aku pernah abadikan cerita kolam ikan puyu dan ladang limau..... alahai aku memang tersentuh bila aku teringat kat ayahku.......

Di bawah ni aku tujukan sajak khas buat ayahanda tercinta yang aku cedok dari petikan internet juga..


AYAH

Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda...

Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan

Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu

Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”

Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja

Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau....
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal ...
.....Gagal kami temui dalam setiap dakapan
.....Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
.....Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami....
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan

Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga

Little Mike
Jun 2007

Hai Pekabo


Assalamualaikum dan salam manis buat semua pengunjung blog ini

Hai semua, pekabo ? Harap-harap semua bagussssssssss je.., hehehehe..
Aku kini sedang menghabiskan masa di rumah aje bersama dengan anak-anakku. Cik abang aku kerja macam biasa. Untuk mengisi masa lapang aku ni , aku mula membongkar semula mesin jahit aku yang dah lama 'bersembunyi' di ceruk dinding yang aku pandang sebelah mata je. Dah bertahun aku tak menyentuhnya....cian 'dia' kan. Kali ini aku dapat la melepaskan rinduku menjahit sarung bantal buat anak-anakku dan juga sepasang cadar dan 4helai sarung bantal. Di samping tu juga, aku bersengkang mata menjahit sarung kusyen ala-ala cara tersendiri. Hehehehe, dapat la juga pujian dari cik abangku, dia cakap sarung kusyen yang aku jahit macam beli kat kedai, cantik.

ok, aku nak kuar jap....tatatititutuuuuuu

24 Februari 2009

Kolam ikan puyu dan ladang limau

Assalamualaikum dan selamat bercuti buat semua pendidik dan pelajar.

Di kesempatan yang ada ini, izinkan aku 'lepaskan' ceritaku yang dah lama disimpan dalam 'draft' blog aku nih. Sebelum ni, aku demam selsema. Tak daye la aku nak mengadap laptop nih. Sekarang ni, kira dah orait la skit. Kepada semua bekas muridku yang baru panas-panas lagi memperolehi keputusan SPM baru-baru ni, aku ingin mengucapkan selamat maju jaya dan moga kalian bijak membuat percaturan hidup mulai dari sekarang.

Di bawah ini, terdapat sedikit gambar-gambar yang aku tangkap sewaktu aku berada di kampung sewaktu aku menghabiskan cuti selama 4 hari sempena Cuti Tahun baru Cina baru-baru nih. Silalah menjamu mata ye. heheheheh

Inilah ikan-ikan puyu yang aku telah siang, bersihkan dan lumurkan dengan garam. eeeeee aku geram sungguh tengok ikan-ikan puyu ni, nampak je pun dah terliur la, hehehehehe


Ikan-ikan puyu yang baru je dijala. Dok melompat-lompat dalam tong plastik. alahai, memang best sangat masa nih.....


Inilah abanglong aku, Ahmad Jamsuri. Dialah mastermind kami. Aku suka sangat bila abang aku bersama-sama habiskan masa cuti bersama aku dan famili. Dia banyak idea, nak wat itu, ini. Aku ikut je, hehehehehe


Gambar di atas ni pulak ialah adik ipar aku, Zamzuri. Dia juga memang best kalau berkumpul sama. Peramah dan baik hati orangnya. Ringan tulang , rajin bantu apa-apa aje. semua ok!


Jeng..jeng, jejaka di atas ni pulak, tak lain tak bukan, jejaka hensem seMalaya, cik abang aku lah, hehehehehe. Boleh tahan gak abang aku ni tangkap ikan puyu. hehehehhe cayalah cayang


Wah...wah, begitu asyik jejaka-jejaka hensem di atas memfokuskan perhatian kat jala dengan harapan ikan puyu tu masuk jaring....hehehheeh best sangat masa ni..



Ok...ok, hati2 ye banggg.....nanti ikan-ikan tu melompat keluar lak. Seriusnyeee muka...hehehehe


Di atas ni lak, adalah adegan ayahku dengan cucu kembarnya,, hehehee... anak-anakku dok kecek buah limau tok ayahnya... memang classssssss limau ayah





Gambar-gambar di atas semuanya adalah tanaman limau madu ayahku. Memang geram sungguh tengok pokok limau ayahku nih. Rasa macam dok kat oversea. Susah nak gambarkan dalam perkataan bagaimana 'happening' sangat bila aku balik kampung kali ni. Dengan ikan puyu dan limau madu yang ayahku usahakan.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan nak ucapkan tahniah kepada ayahku kerana begitu rajin mengusahakan ladang limau dan kkolam ikan puyu di kampung di Lubok Buntar, Kedah. Sesapa yang teringin nak beli ikan puyu ke limau ayahku ke, boleh lah tepon aku, hehehehehe...

ok , aku cau dulu ye, lain kali jumpa ye.

Ikan Puyu

Assalamualaikum dan salam persahabatan buat semua pengunjung blog aku nih.

Haaaaaa..... jeng, jeng, jeng. Tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh pengunjung setia blogku ni. Terlalu lama member aku sorang nih menantikan episod ketiga kisah ikan puyuuuuu, hehehehehe.

Alkisahnya tentang ikan puyu ni aku cedok sedikit info dari petikan internet yang boleh dikatakan berunsur saintifik dan berwarna warni. Di samping itu juga aku cari juga gambar-gambar yang dikatikan dengan ikan puyu ni seperti yang boleh dilihat di bawah nih.....

sambal ikan betok, panggilan tempatan bagi ikan puyu.


Ikan puyu bakar, mmmmmmm....melecur air liur aku nih.....hehehehe



Pekasam yang digoreng....fulamak....mengancam abis...sempat la aku makan masa awal-awal aku buat pekasam for the first time. Pastu aku sendiri frust sebab tak jadi molek. Frust tu terasa sampai sekarang.....mmmmmm...takpe lah aku akan cuba lagi wat pekasam. Ada tak sapa2 nak bantu aku tentang bagaimana nak wat pekasam ikan puyu ni...tolonglah aku, bantu aku ye..aku nak sangat buat pekasam ikan puyu sampai boleh simpan berbulan-bulan...macam orang tua buatla...[orang muda pun boleh buat kot]. Jika ada sesapa nak beri pandangan, sila taip dalam chatbox aku ye... minta tolong sangat ye.


Ni ikan-ikan puyu yang masih segar ditangkap dari kolam atau sangkar la...

Ni la rupa hensem ikan puyu. Alamak aku sebenarnya dah jatuh cintan la kat ikan puyu. Tak tau kenapa. Mungkin sebab aku sendiri dapat merasakan bagaimana 'thrill'nye memegang, menyiang dan membasuh dan membuat pekasam yang tak seberapa......'...aku jatuh cinta kat ikan puyu..'

Di bawah ni aku petik sedikit info tentang ikan puyu...

Jom kita sama-sama baca ye.....

Keistimewaaan Ikan Puyu


Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan 'tangkal' bagi menghalang perbuatan jahat.

Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau

Ikan puyu (Climbing Perch) atau nama saintifiknya Anabias Testudineus, turut dipanggil ikan betok oleh penduduk tempatan. Habitat ikan puyu biasanya di sawah padi, tasik, paya, lubuk dan anak sungai. Ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. Ikan puyu amat enak digoreng, dimasak lemak cili api atau masak sambal.

Aku rasa cukup dulu weh. Sambung jap lagi.....penat taip.




Salam Manis Buat Yang Menanti






Assalamualaikum semua

Selamat petang. Hari ini aku terpanggil untuk 'jot down' skit diari aku ni. Agak lama aku tak bermain dengan kata-kata di dada blog aku nih. Aku tau pasti ramai yang tertunggu-tunggu page baru dalam blog aku ni. Bukan apa, aku masih lagi terkepung dengan tugasan harian aku. Walau bagaimanapun, petang ni aku 'turun padang' jap untuk melempiaskan rindu di dada ini untuk berkata-kata dlm blog aku ni

Tak ku sangka, blog aku ni ramai gak pengunjungnya. Ada seorang pengunjung blog aku menulis emel kat aku , katanya dia terpikat dengan cerita ikan puyu ayah aku tu. Lalu dia berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ikan puyu ayah tu dan bertanyakan no telefon ayahku. Hehehehe, berfaedah jugak ye blog aku ni. Satu lagi kejutan yang aku terima dari blog aku ini ialah pencarian seseorang selama bertahun-tahun mencari aku berakhir dengan terbacanya blog aku ni. Hari ni, aku boleh katakan terkejut sangat bila dapat tahu rupa-rupanya 'dia' mencariku selama ini. Apa yang dapat aku katakan pada beliau, selamat bertemu kembali. Semoga perhubungan berkekalan hingga akhirnya.

Oklah, aku nak cau dulu lah. nak solat asar.

"Hidup ini indah seandainya kita mengindahkannya sendiri dengan cara kita tersendiri"

30 Januari 2009

Sesekali merenung kehidupan ini

Jom kita renungi cite di bawah ni...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya :

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetapi kita tidak
akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga
hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang
sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan
manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya
(ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat
dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi)
tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu
seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang yang lalai. "
(Surah Al-A'raaf, Ayat 179)

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung,
dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya
berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti
hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.[b]


Sentuhan Bicaraku: sama-sama lah kita muhasabah diri kita yang sering lalai ini

10 Januari 2009

Kembali Semula

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blogku ini...

Setelah terlalu lama tidak menyentuh 'diariku' ini, aku begitu kekok sedikit untuk kembali berkarya. Aku mohon maaf kepada pengunjung blogku ini sebab tidak berbalas dalam ruangan chatbox. Bukan disengajakan, ada sebab-sebab tertentu yang begitu menuntut kepada tumpuan di luar blog ini. Kini telah seminggu sesi persekolahan bermula. Mulai hari pertama lagi, aku tidak ada peluang langsung duduk atas kerusi empuk di bilik guru. Alahai, memang la sibuk betul. Tak relax langsung hingga loceng sekolah berbunyi.

Aku ucapkan selamat bertugas semula kepada rakan-rakan sejawatku di SMK Sungai Soi dan juga kepada member-memberku yang mengenaliku di sini. Buat murid-muridku, selamat menuntut ilmu dan moga bersabar dalam kehidupan seharian.

Selamat Kembali Eedahakim.